Umno seleweng fakta solat Jumaat dua Imam, dua masjid


[Kemaskini] - Ahmad Said cuba menutup kelemahan pentadbirannya
KUALA NERUS
– Kerajaan Umno dan Barisan Nasonal Terengganu tidak bercakap benar dan menyelewengkan fakta tentang soal solat dua imam dan dua masjid.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, berlakunya solat dua Jumaat dalam satu qaryah adalah berpunca oleh tindakan kerajaan Umno/BN.

“cakap soal dua imam dua masjd, saya nak beritahu pelawok (bercakap tidak benar) Umno ni , yang terbaru (dalam siding DUN), dia kata kita (PAS) yang tukang pecah belah, tukang buat masjid, tukang buat dua imam, sembahyang dua imam, dia kata,

“ kita bangun nak jawab, nak bagi fakta (tetap) Yang Dipertua Dewan tak benarkan,”katanya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu-isu Sidang DUN di Seberang  Takir dekat sini, pada Khamis 15 Disember.

Beliau menegaskan, apa yang berlaku pada tahun 2009 di Masjid Tebing Tembah, Paka adalah disebabkan oleh tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu.

Katanya, JHEAT berpakat dengan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung  (JKKK), melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Majis tersebut tanpa mengadakan mesyuarat dengan orang kampong.

"Pada tahun 2009, masjid Tebing Tembah Paka , masjid ni masjid mukim, buat (solat) Jumaat sejak zaman berzaman dah, tiba-tiba nak lantik Jawatankuasa masjid, dia (pejabat agama) berpakat dengan JKKK beri nama, orang kampung tak terima,

“sebab orang kampung kata kita kena buat muesyuarat lepas Jumaat , lepas sembahyang Jumaat kita pilih, taka apa siapa-siapa pun jadi jawatankuasa (yang akan dipilih),”jelasnya.

Menurut Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Dungun, setelah orang-orang kampung menolak Jawatankuasa yang dilantik, tiba-tiba kerajaan Umno/BN Terengganu membina sebuah masjid baru.

Beliau yang dihubungi oleh Buletinonline hari ini berkata, ia adalah kegagalan pihak kerajaan Umno/BN menguruskan hal ehwal agama rakyat dan adalah sesuatu yang tidak wajar Umno menuduh pihak lain.

Oleh itu, beliau menafikan kenyataan Menteri Besar yang mengaitkan PAS dengan masalah ini.

Bahkan katanya, Ahmad Said dann Umno/BN berniat jahat kerana memainkan isu yang berkait dengan isu-isu senstif, demi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Ulasan