- Orang ramai di jemput hadir ke Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk
HULU TERENGGANU - Orang ramai yang hadir ke Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk (Itqan) berpeluang melihat dan mendengar pengkesahan sejarah Islam di negeri Terengganu sejak tahun 1303.
Menurut Pengarah Sambutan, Haji Muhyddn Abdul Rashid, tahun 1303 adalah tarikh yang bersejarah dimana undang-undang Islam mula diamalkan di negeri Terengganu.
Katanya, pengkisahan tersebut akan membawa para hadrin merentasi zaman sehingga penggubalan undang-undang Islam secara bertulis, pada zaman Sultan Zainal Abidn III, tahun 1911.
"Kemudian, kta berpeluang menerusi kembara syariah ini dalam pengkisahan tersebut, sehingga Enakmen Jenayah Syariah Terengganu diluluskan dan diwartakan sebaga Undang-undang negeri pada tahun 2003,"ujarnya
Menurutnya, masyarakat dan semua penduduk yang tinggal di daerah dan kawasan Parlimen Hulu Terengganu harus sedar dan insaf bahawa sejarah telah membuktikan orang-orang tua dan nenek moyang dahulu menjunjung tinggi Islam, bukan sahaja sebagaa ugama ritual yang melakukan ibadah semata-mata.
"Orang Hulu, kena sedar kena insaf, orang tua dulu-dulu, nenek moyang kita, telah lama mendaulatkan Islam, bukan setakat sembahyang, puasa, zakat dan haji,
"penemuan Batu Bersurat (adalah) bukti nenek moyang di Kuala Berang telah menjadikan hukum Islam sebagai undang-undang dan peraturan,"jelasnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pantia Sambutan di Kuala Berang, disini pada Khamis 22 Disember
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu menyeru agar seluruh rakyat Hulu Terengganu dan Kuala Berang supaya bangkit dari lena dan menyedari hakiki Terengganu adalah sebuah negeri Islam sebagaimana yang termaktub dalam ‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk’, yang telah digubal dan dlaksankan pada zaman Sultan Zainal Abidin III.
Beliau berkata, rakyat Terengganu juga perlu menyaksikan kebenaran perjuangan para syuhada Padang Kachung, yang berkorban dan berjuang menegakkan Islam bersama Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong.
"seluruh rakyat hulu, Kuala Berang juga mesti bangkit dengan realiti, para syuhada yang terkorban di Padang Kachung, Telemong itu, bukan mati menegakkan nasionalis,
"tetapi mereka mati dengan bersaksikan Islam sebagai asas Addin, terbukti dengan perjuangan mereka bersama Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong,"katanya.
Justeru, Haji Muhyiddin selaku Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu berkata, itulah warisan sebenarnya yang perlu di hayati dan diperjuangkan oleh seluruh seluruh rakyat Terengganu.
"bukan warisan-warisan yang lain yang belum terbukti kebenarannya dan sesetangahnya telah jelas terbukti, bukan dari Islam dan orang-orang Melayu,"tambahnya.
Oleh itu, beliau dan seluruh Pantia Sambutan mnjemput dan mempersilakan seluruh rakyat Terengganu untuk sama-sama memeriahkan Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk yang akan di adakan di Kampung Gaung Kuala Berang pada 6 dan 7 Januari, 2012.
Katanya, seramai program selama dua hari dua malam, bermula pada Jumaat dan berakhir pada malam Ahad itu, dijangka akan dikunjungi tidak kurang 100, 000 orang
"Seratus gerai jualan dan pameran disediakan untuk kunjungan hadirin, dan pihak panitia sambutan juga menjemput seluruh rakyat menikmati jamuan rakyat yang disediakan untuk semua hadirin,"katanya
Berita terkait;
Kedaulatan Islam dikembalikan PAS
Islam kekal sebagai agama negeri dan rakyat Terengganu
Ulasan