70 Peneroka dan Gen-2 Felda Tenang Bantah Tindak Tanduk Felda


BESUT – Seramai 70 orang peneroka dan generasi kedua (ke-2) Felda Tenang dekat sini telah keluar menyatakan sikap , membantah tindak tanduk Felda yang tidak lagi membela nasib mereka.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat, mereka berhimpun sebaik sahaja selesai solat Jumaat, 13 Januari,  di dataran berhampiran Dewan Nurul Ehsan, Felda Tenang.


Menurut Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar, perhimpunan dijalan secara aman,  tanpa mengira fahaman politik dan dipantau oleh pihak polis.

Beliau berkata para peneroka dan generasi ke-2 Felda turun untuk menyatakan rasa tidak setuju langkah Felda mahu menggadaikan tanah Felda Plantation kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd.  
Beliau yang juga mewakili generasi ke-2 rancangan tanah tersebut, dapat merasai denyut nadi peneroka selepas tinggal lebih 20 tahun di Felda Tenang.

“Susah senang peneroka terutama Felda Tenang dapat saya rasai, hampir 100 orang generasi ke-2 (terpaksa) tinggal bersama keluarga dan hanya bekerja sebagai buruh ladang, pengait buah, pemandu lori, meracun rumput  dan menoreh getah,
“sepatutnya tanah yang masih ada (dikawasan Felda) dibahagikan kepada generasi ke-2 yang hidup tak menentu diseluruh negara,”ujarnya ketika berucap dalam Himpunan tersebut.

Namun begitu, menurutnya, tiada hala tuju pada nasib dan masa depan mereka kerana tidak ada tanah sendiri dan menumpang hidup dirumah ibubapa mereka walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai anak pinak.

Katanya, sebahagian dari mereka terpaksa bekerja diluar , di kilang-kilang, kerana tidak ada peluang dan jaminan kerja yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Beliau berkata, himpunan itu juga, mengutuk perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF sekaligus mengenepikan Pengerusi sedia ada.

“Kita bimbang  konspirasi ini akan merugikan masa dep[an peneroka dan generasi ke-2, FGV mempunyai rekod yang buruk……jangan perjudikan masa depan peneroka,”tegasnya.
Sehubungan itu, salah seorang peserta himpunan, Rosdi Sulong , 46, berkata, Felda dan kerajaan Umno berjanji akan mengambil generasi ke-2 sebagai peneroka,  setiap kali apabila hampir dengan pilihanraya.

“Saya anak jati dibesarkan di Felda Tenang tak dapat tanah dan terpaksa duduk di ‘tanah haram’ peninggalan orang tua.

“itupun terpaksa bayar premium yang tinggi sehingga RM12,000 seluas dua ekar……mana nak cari duit (kerana) saya bergantung pada kerja menoreh getah milik orang,”katanya ketika ditemui.

Rakan Rosdi, Zuki Ramli, 48, yang turut dibesarkan di Felda tersebut, melahirkan dukacita kerana merasakan hidup amat susah hidup di kampong Felda Tenang sekarang.

Katanya, pendapatan beliau tidak menentu sedang harga barang-barang keperluan selalu naik, terus menghimpit kehidupannya.

“Kerajaan sepatutnya bahagi tanah Felda Plantation kepada generasi ke2 bukan gadai kepada syarikat FGVH,”katanya dengan nada kesal.
Seorang lagi generasi ke-2 Felda tenang, Mahyuddin Abdul Rahman,  35, berkata, pemimpin Umno selalu berjanji mahu mengambil peneroka baru, tetapi mungkir sampai hari ini.

Beliau berkata kerajaan perlu menimbangkan semula tindakan mahu menggadaikan tanah Felda supaya ia dapat diberikan kepada generasi ke-2.

“Pemimpin Umno/BN selalu berjanji, mahu mengambil peneroka baru, tetapi tidak ditepati, sudahlah generasi ke-2 tak dapat (tanah) nak gadai pulak tu!,
“saya berharap kerajaan timbang semula gadai tanah Felda kerana generasi kedua Felda sangat-sangat perlu kepada tanah tersebut untuk meneruskan kesinambungan hidup di Felda,”tegasnya.

Ulasan