Haji Wahid bertanding di DUN Bandar?

 
HULU TERENGGANU - Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut  memberikan isyarat kepada media bahawa mungkin beliau akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri  (DUN) Bandar Kuala Terengganu da;am pilihanraya umum ke-13.

"Ramai juga yang tawar nak suruh saya balik (ke DUN Bandar), pasal saya pernah bertanding di DUN Bandar dulu, tahun 1986 AlhamduliLlah kalah, tapi....sekarang ni boleh menang kut,"katanya dalam sidang media yang diadakan di sini Khamis, 12 Januari.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika menjawab persoalan pihak media yang meminta penjelasan, kedudukan beliau di manakan beliau akan bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Sekiranya benar Haji Wahid akan beralih ke DUN Bandar, maka beliau  akan berhadapan dengan Exco kerajaan negeri dan ADUN Bandar dari MCA, Toh Chin Yaw, yang telah pun di isytiharkan oleh Presidennya akan mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tersebut juga, sekiranya menjadi kenyataan, akan melegakan ahli-ahli dan penyokong PAS di DUN Bandar.

Ia adalah kerana, mereka pernah menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa Pelnacaran Jentera Pilihanraya PRU13 DUN tersebut tidak lama dulu,

Namun begitu, Haji Wahid berkata, ia masih belum merupakan satu keputusan.

Menurutnya, proses  pemilihan calon-calon dan kawasan yang akan ditandingi masih lagi dibincangkan dan belum muktamad, walaupun nama-nama calon yang dicadangkan telah pun dihantar ke peringkat PAS Pusat.

Menyentuh tentang isu bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali, Haji Wahid berkata PAS akan berbincang semula pemecatan Dr Hassan sekiranya beliau membuat rayuan.
"Tunggu dia buat rayuan, kita (PAS) akan bincang balik, sekarang ni kita dah hantar surat dan dia tahu dia boleh buat rayuan, kita tunggulah,"jelasnya yang turut hadir dalam mesyuarat Jawatakuasa PAS Pusat ketika keputusan pemecatan tersebut dibuat.

Haji Wahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan keputusan tersebut muktamad dan dibuat oleh Jawatakuasa PAS Pusat berdasarkan perlembagaan parti.

Beliau menolak tohmahan sesetangah pihak yang menganggap keputusan tersebut diambil secara 'drastik' kerana menurutnya, Dr Hassan pernah dipanggil dan berbincang termasuk dengan Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ulasan