Khidmat Untuk Semua di Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk

HULU TERENGGANU – Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu melaksanakan tiga program sempena Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang sedang berlangsung di Kampung Gaung, Kuala Berang di sini.

Pengerusi Lujnah, Cikgu Haji Hussin Ismail berkata program tersebut ialah membaiki dua buah rumah rakyat, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Ceramah Kesihatan ‘Menu Sihat’ serta membersihkan kawasan perkuburan


“Sempena (Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk) di bawah Lujnah Kebajikan, (untuk) khidmat sahaja kita ada buta tiga program khusus,

“membaiki rumah orang termiskin,  membersihkan kawasan perkuburan Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Ceramah Kesihatan,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline petang Jumaat 6 Januari.

Turut menyertai gotong royong tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya yang juga merangkap Pengarah Sambutan Itqan, Haji Muhyiddin Abdul Rashid dan Bendahari PAS Terengganu Cikgu Shukrimun Shamsuddin.

Menurut, Cikgu Hussin program ‘khidmat untuk semua’ besar-besaran diseluruh negeri sedang digerakkan menerusi rakan khidmat yang dilancarkan baru-baru ini.

Ulasan