MTD Hulu Besut Ambil Tindakan ‘Pro-aktif’ Selesai Masalah Tanah Rakyat


BESUT – PAS Hulu Besut mengambil tindakan ‘pro-aktif’, mengenalpasti dan memperincikan maklumat berkaitan masalah tanah rakyat, untuk diambil tindakan lanjut, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar, sehingga kini dua kawasan tanah telah dikenalpasti dan diambil perjalanan yang melibatkan rentahan lama orang kampung dan peneroka generasi kedua Felda Tenang.

Beliau berkata, tindakan itu selaras dengn pengisytiaharan 10 pekara awal yang telah ditawarkan oleh PAS Terengganu dalam manifesto pilihanraya umum ke-13.

“Kita mengambil langkah awal, sebagai komitmen dan kesungguhan kita dalam menyelesaikan masalah rakyat,

“selaras dengan 10 perkara awal dalam manifesto PAS Terengganu, sebagaiamana yang diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut baru-baru ini,”ujarnya ketika ditemui.

[Gambar - Cikgu Shalahuddin (Solah), menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan dapur kepada seorang genegrasi ke-2 peneroka Felda Besut, ketika menziarahi mereka baru-baru ini]
Beliau berkata kawasan yang membabitkan rentahan lama adalah di Kampung Batu 13, melibatkan beberapa lot tanah yang diusahakan oleh peneroka asal.

Katanya, mereka telah membuka sendiri tanah-tanah tersebut berpuluh tahun dahulu tetapi tidak pernah diberi kelulusan di zaman pemerintahan Umno.

“Apabila PAS menang pada tahun 1999 permohonan tanah tersebut  telah diperoses dan diluluskan untuk diberi hak milik,  Majlis Penyerahan Jadual 5A telah diadakan di Perkarangan masjid Felda Tenang telah diadakan pada awal tahun 2004 oleh Menteri Besar YAB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang,

“ramai pemilik tanah tersebut  telah membayar premium, malangnya kerajaan PAS tidak sempat mengeluarkan hak milik kerana ‘di rampas’ oleh Umno,”jelasnya.

Apabila mengambil alih kerajaan, katanya, Umno telah membatalkan kelulusan itu dan membayar balik premium yang telah dibayar oleh pemiliknya.

Beliau berkata, sehingga kini setelah dua  penggal, Umno memerintah sejak tahun 2004, tidak ada apa-apa tindakan yang dibuat oleh wakil rakyat Umno bagi menyelesaikan masalah tanah itu.

Lebih teruk lagi, kata beliau, tanah yang telah diteroka dan ditanam dengan pokok getah oleh orang kampung dibeberapa kawasan sekitar DUN Hulu Besut telah diaih-agihkan kepada 'kroni-kroni Umno’.

“Ada orang kuat Umno/BN mendapat tanah seluas 6 ekar seorang, tanpa perlu bersusah payah, sedangkan orang yang meneroka, menebas dan menebang serta mengusahakan tanah tersebut 'menangis' sedih hingga ke hari ini,”tegasnya.
Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Besut memaklumka, satu kawasan lagi yang dikenalpasti adalah kawasan tanah Bukit Langkap berhampiran Felda Tenang.

Menurutnya, tanah tersebut adalah penting dan amat bermakna kepada generasi kedua Felda Tenang bagi jaminan kehidupan masa depan mereka.

Katanya, beliau sendiri telah ‘turun padang’ berjumpa dengan tuan-tuan tanah terbabit dan mengambil tindakan menghantar bantahan kepada pihak berkuasa tanah.

“Saya telah berjumpa dengan tuan-tuan tanah tersebut, meminta tandatangan bantahan dan menghantar sendiri kepada pihak Pejabat tanah Besut bersama beberapa orang tuan tanah,

“Alhamdulillah, ia mendapat respon yang baik dari pihak pejabat tanah,”katanya.

Ulasan