PAS akan Umum Lima Lagi Tawaran Untuk Rakyat Terengganu

PAS akan meneruskan perjuangan walaupun Anwar dipenjara
DUNGUN
– PAS negeri Terengganu akan mengemukakan lima lagi janji yang terkandung dalam manifestonya bagi menghadapi Pilhanraya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Pesuruhjayanya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, lima perkara tersebut akan diumumkan kepada rakyat negeri Terengganu sempena ulang tahun ke 100 Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang akan disambut besar-besaran pada 6 dan 7 Januari ini.


“Pada 7 haribulan ni, kita akan buka 5 (lagi) manifesto kita, tak boleh buka banyak-banyak sebab Umno ni tiru dan dia tipu, jadi kita buat sikit-sikit,

“kalau PRU(13) bulan 2, 3 (Februari atau Mac) ini, dang lagi (sempatlah kita kemukakan semuanya), benda-benda (perkara-perkara) yang kita tawarkan kepada rakyat Terengganu ini,”ujarnya.

[Gambar - Haji Wahid menyampaikan 350 kilo beras kepada Ustaz Azman Shapawi mewakili  pihak Pemuda PAS Dungun yang di sumbangkan oleh WARIS, untuk kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Turut kelihatan dalam gambar adalah Ustaz Roslan Ismail, Pengerusi WARIS]


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam satu Majlis Taklimat yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia  (WARIS), di bandar Paka dekat sini, pada Isnin 2 Januari.

Sebelum itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yakin PAS mempunyai peluang untuk menang dalam pilihanraya akan datang dengan syarat ahli dan penyokong bekerja dengan gigih.

Katanya, PAS Terengganu telah berjaya menampilkan imej bar dan menggerakkan masyarakat dengan penganjuran Himpunan PAS Ganti Umno yang telah diadakan di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

“kita buat tinjauan, peluang (menang) tu memang ada di Terengganu, Nampak (jelas) Tapi kita nak kena gigih sikit, kita kemukakan imej baru, yang lebih mesra dan kita juga menggerakkan masyarakat,

“kita dah berjaya (menajurkan) PGU di kemaman, PGU di besut, PGU di Kuala Terengganu dan (pada) 6 dan 7 haribulan ni kita nak buat (himpunan) sempena dengan 100 tahun Undang-undang Islam yang bertulis yang pertama di Terengganu,”jelasnya.

Ulasan