PAS Pengkalan Berangan mendekati dan menyantuni kaum Tionghua


MARANG – Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba pada 23 Januari ini, PAS DUN Pengkalan Berangan mengadakan program ziarah rumah ke rumah kaum Tionghua sekitar pekan Wakaf Tapai.

Menurut Pengerusi MTD Pengkalan Berangan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria (gambar), seramai 50 orang petugas PAS Pengkalan Berangan dibantu oleh petugas Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri terlibat.


“kita bertemu muka dengan kaum Tionghua, sempena hari besar mereka iaitu Tahun baru Cina, kita bawa buah limau mandarin sebagai tanda ingatan kita dan juga risalah penerangan dari Penerangan PAS,

“kita nak mendekati dan menyantuni kaum Tionghua di Pengkalan Berangan khususnya pekan Wakaf Tapai ini,”katanya ketika menyampaikan taklimat di Taman Raya, dekat sini pada Jumaat 13 Januari.

Para petugas telah dipecahkan kepada lima kumpulan dan telah menziarahi kesemua tama perumahan dan penempatan kaum Tionghua berdekatan.

Turut serta dalam program tersebut adalah Tuan Haji Mohamad Deraman, Penasihat MTD PAS Pengkalan Berangan.

Ulasan