10 Januari 2012

PAS Terengganu tawarkan lagi manifesto PRU13 kepada rakyat


KUALA TERENGGANU – Setelah menawarkan lima manifesto pada 15 Oktober tahun lalu, PAS Terengganu bergerak maju ke hadapan dengan mengisytiharkan lagi ikrarnya kepada seluruh rakyat.

Tawaran yang dikemukakan itu, menunjukkan kesungguhan PAS Terengganu sebagai ‘kerajaan menunggu’ bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)Terengganu telah menipu rakyat dengan tidak menunaikan janji mengembalikan royalti petroleum.

“Mad Said (MB Terengganu) kata dalam dewan (Sidang DUN) nak bayar royalti dalam bulan Mac 2011, kita tungu…tunggu…(rupanya) ‘menipu atas darat kering’,

“Perdana Menteri menipu, Mad Said Menteri Besar sendiri menipu,”ujarnya ketika berucap pada ceramah perdana, Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk, pada Sabtu 7 Januari.

[Gambar - Harapan kepada PAS sebagai kerajaan menunggu....termasuk anak kecil dalam buaian yang dibawa oleh salah seorang peserta ketika Sambutan 100 Tahun Itqan al-Muluk Bi Ta'dil as-Suluk]

Maka, kata Wahid, janji pertama daripada lima manifesto tambahan yang diumumkan ialah meneruskan usaha perjuangan mengembalikan hak royalti petroleum kepada negeri Terengganu.

Yang keduanya, kata beliau, PAS Terengganu menegaskan akan mengganti tanah baru atau rumah kepada pemilik yang terlibat dengan pengambilan balik tanah.

Selain itu, PAS Terengganu berjanji akan memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu pertama kepada pengguna domestik (rumahtangga) yang bermeter, setiap individu pada setiap bulan.

“kita juga berjanji untuk memberi 20 meter padu air yang pertama, ini telah dilaksanakan dengan jayanya di negeri Selangor, kita akan beri percuma, kalau guna lebih, kena bayar,”jelasnya.

PAS Terengganu juga melihat kekurangan sekolah-sekolah agama dibawah kerajaan negeri menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Menurut Wahid, sebanyak 14 buah sekolah agama, termasuk Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin yang telah berusia lebih seratus tahun, telah diserah kepada kerajaan pusat.

Atas permintaan rakyat untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama, yang meningkat setiap tahun, kata Wahid, PAS berjanji akan menubuhkan sebuah sekolah disetiap daerah, sekiranya diberi mandat oleh rakyat utuk memerintah negeri Terengganu.

“Kita nak tambah sekolah menengah agama negeri disetiap daerah serta memberi geran tahunan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pusat pengajian pondok,

“sekolah agama dibawah kerajaan negeri tak, ada 14 (buah) dia (Umno/BN) serah ke (kerajaan) pusat,”tegasnya.

PAS juga berjanji akan mewujudkan semula Institusi Pengajian Tinggi Islam (IPTI) milik negeri yang mengutamakan anak-anak Terengganu bagi menggantikan Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang telah diserahkan kepada kerajaan persekutuan.

“KUSZA ditubuhkan pada zaman (Tan Sri) Wan Mokhtar jadi Menteri Besar negeri Terengganu, KUSZA banyak berjasa, Terengganu adalah negeri yang mula-mula ada Institusi pengajian agama Islam di negara kita (kemudian) diikuti oleh negeri-negeri lain,

“tapi bila negeri-negeri lain semua ikut kita (Terengganu) kita serah (KUSZA) kepada (kerajaan) pusat, kononnya nak tubuh universiti,”katanya.

Penubuhan IPTI itu, tambah Wahid, akan dapat membantu anak-anak negeri melnjutkan pelajaran ke pringkat yang lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...