09 Januari 2012

Pecat Hassan Ali; satu keputusan penuh pertimbangan dan bijaksana


MARANG - PAS Terengganu menyifatkan keputusan PAS Pusat memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali, dibuat dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata, keputusan tersebut dibuat dengan meletakkan kepentingan parti dan perjuangan mengatasi kepentingan individu.


“PAS Terengganu meletakkan kepercayaan, keputusan PAS Pusat memecat Dato' Hassan Ali sebagai ahli PAS dibuat dengan penuh pertimbangan dan kebijaksanaan,

“yang penting setiap keputusan yang dibuat atas nama perjuangan Islam, mestilah meletakkan kepentingan parti dan perjuangan mengatasi kepentingan individu,”ujarya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Marang berkata, pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi perjuangan mesti diteruskan dan mara kehadapan .

Beliau yang enggan memberi komen lanjut sebab-sebab pemecatan itu mengharapkan semua pihak harus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pilihanraya.

“saya mengharapkan semua pihak harus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja membina keyakinan rakyat,

“membuat perubahan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bagi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan dating,”tegasnya

Menurutnya, sebarang isu yang boleh melemahkan kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat, mestilah dielakkan.

"Dalam suasana PRU 13 yang semakin dekat, kita tidak boleh beri ruang kepada pihak lawan kita untuk mengeksploitasi apa saja isu,
“yang boleh melemahkan kita dan menghilangkan fokus kita untuk menang dalam pilihanraya kali ini ", tambahnya.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...