- sebelum buka kawasan jelapang padi lain
SETIU
– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Asha'ari Idris yang juga Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri diingatkan supaya memenuhi lima tuntutan para pesawah Kampung Jelapang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Padi Kampung Jelapang, Abdul Raof Mohamad berkata, kerajaan negeri wajar melihat dan melunaskan tuntutan pesawah terbabit sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13)


“PRU13 semakin hampir, pesawah yang bersusah payah meneroka dan membuka tanah padi Jelapang sejak 40 tahun lalu meminta hak mereka,

“kerajaan wajar menunaikan tuntutan tersebut sebelum bercadag membuka kawasan penanaman padi yang lain,”ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Asha’ari yang berura-ura untuk membuka kawasan penanaman padi baru di Marang Terengganu.

Raof yang juga Setiausaha Majlis Tindakan DUN Langkap berkata janji Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said yang mahu membuka kawasan tanaman baru di Kampung Mak Jintan juga belum dipenuhi.

“Asha’ari juga perlu ingat, janji kerajaan mahu membuka kawasan padi baru di Mak Jintan, masa masih ada untuk ‘merakyatkan pentabiran’,

“Ahmad Said janji nak beri 10 ekar seorang, kepada pesawah-pesawah,”jelasnya.

Beliau berkata 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat telah berhimpun secara aman di kawasan sawah padi mereka pada 13 November lalu.

Mereka menuntut kerajaan supaya menyelesaikan lima perkara iaitu, pemberian hak milik tanah, subsidi harga padi, penyelarasan bantuan Input Pertanian dan supaya hasil padi tidak dikenakan potongan yang tinggi.

Abdul Raof yang juga bekas kakitangan Jabatan Pertanian berkata, kerajaan juga mesti berterus terang memberitahu rakyat tentang fakta-fakta yang berkaitan dengan aktiviti pertanian di negeri ini.

Katanya, tidak ada projek-projek baru pertanian yang diusahakan oleh kerajaan negeri sejak Umno dan Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan pada tahun 2004.

“Yang pernah digembar-gemburkan hanyalah projek Fertigasi Mega menelan belanja RM20 juta, yang kini sudah pupus,

projek SUTRATANI (gambar) yang menelan belanja sebanyak RM4 juta di Kampung Telaga Papan jugakini sudah menjadi projek ‘Gajah Putih,”tegasnya.

Itu tidak termasuk, katanya, projek-projek lain yang gagal seperti tanaman serai wangi dan  jagung hybrid.

Ulasan