Yakin menang PRU13; Ada Nilai Tambah Sokongan Kepada PAS Terengganu

DUNGUN - Bersandarkan kepada sambutan orang ramai terhadap program-program PAS sebelum ini, Timbalan Peresiden PAS, Haji Mohamad sabu yakin PAS akan kembali memerintah selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ceramah pada majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dekt sini, Khamis 19 Januari.


"Saya nampak sambutan rakyat Terengganu kepada program-program PAS begitu hebat sekali terutama dikalangan anak-anak muda yang bukan ahli PAS,

saya berkeyakinan penuh, InsyAllah pilihanraya akan datang, Terengganu akan dimenanangi semula oleh PAS dan Pakatan Rakyat berdasarkan mood rakyat yang ada sekarang,"tegasnya.

Beliau berkata, ukuran yang beliau berasaskan bukan orang PAS yang kerana menurutnya sekiranya semua orang PAS yang datang, tidak ada nilai tambah.

Menurutnya, peningkatan sokongan kepada PAS adalah kerana pendekatan pelbagai yang dilaksanakan selain dari kelemahan pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

Ulasan