RM2 bilion = RM50 X 2900km X 2


SETIU – Pernahkah kita bayangkan dalam pemikiran kita, berapa banyakkah sebenarnya wang tunai berjumah RM2.2 bilion sebagaimana yang menjadi perbelanjaan atau bajet kerajaan Umno/BN negeri Terengganu sepanjang tahun 2011?

Menurut Anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Terengganu, sekiranya wang kertas bernilai RM50 yang berukuran 14.5sm diaturkan sepanjang jalanraya, jumlah wang RM 1bilion itu adalah sejauh 2900km.

“Pitis sebanyak RM 2.2 juta (bajet Terengganu) ni banyak mana, kita pernah mikir tak?  Ni (wang kertas) RM50 panjang nya, 145 mm,

“kalau kita ada sejuta (ringgit) pitis, kita atur panjang, berapa jauh kita boleh tengok? dia boleh gi dalam jauh 29 kilometer, (kalau )RM1 bilion nie, 1000 juta tak?

“Maknanya 29 kilometer kali (darab) dengan 1000, kita ada (jumah) pitis RM1 billion, kita boleh atur sampai (sehingga) 2900 km. kalau sepanjang itu, (jaraknya) adalah dari Johor boleh sampai ke Chieng Mai (Thailand),”jelasnya.

Beliau membuat perbandingan demikian dalam mengulas banyaknya perbelanjaan kerajaan negeri Terengganu.

Namun begitu, beliau berkata, walaupun bajet besar, rakyat Terengganu mempunyai kuasa beli yang lebih rendah berbanding Kelantan.

“Walaupun pasaraya (besar) banyak di Kelantan, kedai runcit yang terdapat di negeri itu terus hidup berbanding apabila Mydin dibuka di Terengganu, banyak kedai runcit yang terpaksa ditutup,”jelasnya ketika menyampaikan ucapan di Felda Chalok Barat pada 22 Februari.

Ia adalah kerana menurutnya, pendapat sebenar yang diperolehi dari aktiviti ekonomi kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu adalah hanya RM187 juta.

Manakala yang lainnya kata beliau, adalah hasil royalti minyak yang dilaksanakan mengikut projek-projek yang tidakmemberi manfaat yang banyak kepada rakyat Terengganu

Ulasan