09 Februari 2012

Rusni Cabar Kerajaan Umno Terengganu Berdebat Isu Tanah Banggol Donas


BESUT – Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Rusni Hassan, sedia berdebat dengan mana-mana pihak terutama kerajaan negeri serta ahli-ahli Puteri Umno tentang isu Kampung Banggol Donas yang melibatkan pengambilan tanah dan 22 buah rumah

Beliau melemparkan cabaran tersebut ketika beliau menyampaikan ceramah di Jerteh, Besut, pada Selasa 7 Februari, 2012.

“Kami sedia berdebat dengan mana-mana pihak, (samada) puak-puak kontraktor (pembinaan jalan),  kerajaan negeri dibawah kepimpinan Umno (tentang isu tanah Banggol Donas,”ujarnya.

Beliau menyenaraikan 10 perkara yang perlu diberikan penjelasan berkenaan projek jalan dari Bukit Guntong ke Banggol Tuan Muda, yang menurutnya boleh dijadikan tajuk perdebatan.

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut;

1. Mengapa projek tersebut dijalankan terlebih dahulu sebelum pembayaran pampasan tanah dibuat?

2. Mengapa projek tersebut dijalankan sebelum pewartaan status tanah terbabit dengan projek itu?

3. Mengapa surat bantahan penduduk kampung kepada pihak berwajid tidak dilayan?

4. Mengapa pihak yang terbabit dengan projek tersebut gagal berbincang dengan orang kampung terlebih dahulu?

5. Mengapa ada unsur-unsur penipuan dan ugutan terhadap pemilik tanah dan rumah yang terbabit dengan projek tersebut?

6. Mengapa sidang DUN Terengganu tidak membahaskan isu ini dan menolak untuk dibincangkan ketika dibawa?

7. Mengapa kontraktor tidak mempedulikan kenyataan Menteri Besar untuk mengubah laluan?

8. Mengapa Exco Infrastruktur membuat lawatan rasmi sedangkan warta projek tidak dikeluarkan lagi?

9. Mengapa projek ini dikeluarkan ‘borang I’ yang menunjukkan ia sebuah projek terdesak?

10. Mengapa ‘borang K’ dikeluarkan menyatakan tanah kami telah menjadi milik kerajaan sedangkan pampasan belum dibayar?

Beliau berkataa, kesemua isu diatas telah diperppanjangkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 12 Jun 2011, namun sehingga kinibelum ada tindakan oleh SPRM.

Pautan terkait;
Anak-anak muda dipaksa isi borang masuk Umno
Bekas Ketua Puteri Umno ikrar 'gantikan Umno dengan PAS

Rayuan Pembangunan Semula Gaza

Pegawai Palestin pada hari Isnin menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada Gaza untuk membina semula wilayah tepi laut da...