Toh Chin Yaw Pula Kata Kejadian ‘Runtuh’ Adalah Perkara Biasa


KUALA TERENGGANU – Seorang lagi Exco kerajaan negeri Terengganu mengeluarkan kenyataan yang ‘meremehkan’ kejadian binaan kerajaan negeri yang runtuh atau rosak, yang kerap berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

ADUN Bandar Dato’ Toh Chin Yaw, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan Dan Alam Sekitar tidak kesal dan menganggap kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh, adalah perkara biasa.

Toh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Terengganu Kali Ke 33, 2012.

Majlis tahunan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar tersebut diadakan pada Selasa 21 Februari di Dewan Tuanku Abdul Rahman di sini. [Gambar]

Sebelum ini, pada 23 Disember, 2009, ADUN Pengkalan Berangan, Yahya Khatib Mohamad turut mengungkapkan, kejadian bangunan atau pembinaan runtuh yang berlaku di negeri dengan nada yang sama.

Beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Terengganu pada waktu itu berkata, ia adalah satu perkara biasa.

Bahkan, kata Yahya, beliau berasa bersyukur kerana katanya ia merupakan satu rahmat kepada rakyat negeri Terengganu.
Yahya berkata demikian ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang berlangsung di Wisma Darul Iman.

Kejadian binaan runtuh dinegeri Terengganu yang seolah-olah berlaku secara berturutan selepas kejadian runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun, 2008.

Antara binaan atau projek yang rosak dan runtuh di Terengganu sejak tahun 2008;

1.    Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh    : 12 April 2008
Harga    : RM 2 juta

2.    Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Tarikh    : 2 Jun 2008
Harga    : RM292 juta
Punca    : “Semua buat silap” – Ahmad Said

3.    Kolam Renang batu Burok Bocor
Tarikh : 5 Jun 2008
Harga :  RM 18 juta

4.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Tanggal
Tarikh : 29 Jun, 2008
Harga  : (Terminal ) RM123 juta

5.    Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – Runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh    : 15 Mac 2009

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – Tumbang.
Tarikh    :  6 Ogos 2009.
Harga    : RM15 juta

7.    Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh    : 3 Oktober 2009
Harga    : RM 2.1 Juta

8.    Bumbung Kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh    : 21 Disember 2009
Harga    : sekitar RM700,000  (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Pemaju    : Gemilang Mega Sdn Bhd
Punca    : Tiada pemantauan semasa

9.    Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – Runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.

Tarikh    : 29 Mac 2010.

Lain-lain senarai binaan yang rosak atau bocor adalah;
1.    Bazaar Warisan
2.    Masjid Kristal Tarikh : 22 November, 2008
3.    Masji Kg Lingai Tarikh : 4 November 2009 Harga : RM3 juta
4.    Masjid An Naim Dungun
5.    Binjai Souq

Ulasan