Bulan Mei 2012; Jangkaan Terbaru PRU-13

DUNGUN – PAS menjangkakan tarikh baru pilihanraya umum ke-13 akan diadakan adalah setelah kerajaan beranggapan mereka telah menyelesaikan beberapa isu besar berkaitan tuntutan rakyat serta melunaskan pengagihan bantuan 'one-off' yang dijanjikan

Antaranya, menurut Pesuruhjaya PAS  Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut  adalah pembenatangan hasil laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (Parliament Select Comiittee- PSC) berkaitan penambahbaikkan sistem pilihanraya.



Beliau berkata, walaupun parlimen akan mula bersidang pada minggu depan, Isnin 12 Mac, tetapi parlimen boleh dibubarkan walaupun sidang sedang berlangsung setelah kerajaan membentangkan hasil Jawatankuasa tersebut.

“Tengah-tengah bersidang dia (kerajaan) boleh bubar boleh buat pilihanraya, kita tengok (keadaan) janji dia laporan itu akan dibentang dalam bulan tiga (Mac),

“apa syor yang dibuat kita tak tahu lagi, tapi ‘celup cari’ (dengan dakwat itu mungkin,”ujarnya ketika berucap merasmikan Markaz Besar Pilihanraya N26 DUN Rantau Abang disini pada Khamis 8 Mac.

[Gambar - Haji Wahid mewakili majlis Tindakan DUN Rantau Abang, enerima sumbangan Dana PRU-13 dari seluruh cawangan dalam majlis Perasmian Markaz Besar PRU-13 DUN Rantau Abang]

Selain itu, katanya, tindakan kerajaan membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan meneruskan Sistem Saraan Malaysia juga merupakan petunjuk kepada, saat hampirnya pilihanraya umum ke-13.

Beliau menyifatkan dengan dengan pembatalan SBPA tersebut kerajaan menanggap isu besar membabitkan penjawat awam telah selesai dan akan membubarkan parlimen pada bulan depan April, 2012.

“Akhirnya di atrik balik (SBPS) dia umum, bila dia umum hari ini bermakna besar kemungkinan, amada sebaik sidang parlimen selesai ata tengah-tengah sidang parlimen, bulan 4  (April) ini dia akan bubar,

“bulan 4 ini pula, BR1M yang RM500 itu akan tamat, beri belaka dah, yang RM100 beri dah, yang RM200 beri dah, RM500 beri dah, kenaikan gaji pegawai beri dah,  maka kita nampak (tarikh PRU-13) dekat sangat,”jelasnya.
Oleh itu beliau yang dalam rangka lawatan pusingan ketiga turun ke DUN-DUN terpilih, menggesa supaya semua jentera PAS di semua peringkat bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja kempen.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengarah Jabatan Pilihanraya Ariffin Deraman dan Timbalan Ketua Penerangan Ustaz azman Shapawi Abdul Rani.

Ulasan