KEMAMAN - PAS Dun Chukai sekali lagi akan menghimpunkan warga Dun Chukai khasnya, dan warga Kemaman umumnya dalam Himpunan Tolah Umno (HTU) yang diadakan pada hujung minggu lalu bagi meneruskan gelombang 'PAS Ganti Umno' (PGU)
Menurut Penagarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai Haji Hanafiah Mat lebih 20,000 hadir ke HTU bagi meyatakan pendirian tegas mereka, PAS akan menggantika Umno dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.
"Inilah masanya (yang sesuai) untuk kita (rakyat) berhimpun untuk menolak Umno dan Barisan Nasional, diaggarkan lebih 20,000 orang hadir disepanjang HTU selama 4 hari berturut-rurut,”ujarnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu yakin agenda ‘Himpunan Tolak Umno’ (HTU) di Dun Chukai ini akan ‘merebak’ umpama virus ke kawasan-kawasan lain di seluruh negeri.
Menurutnya, program HTU tersebut bagi menghimpunkan warga Dun Chukai khususnya dalam satu agenda besar sebelum tiba pilihan raya.
Katanya, berdasarkan persekitaran dan suasana politik masa kini semua pihak mahukan PAS mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu.
“Ya, Saya cukup yakin dan percaya, (berdasarkan) situasi dan persekitaran (politik) pada hari ini, kawan-kawan dari parti-parti Pakatan Rakyat, kawan-kawan dari NGO dan orang-orang yang tidak berparti.
“Mereka (rakyat) akan memberikan kerjasama bukan sahaja kepada Himpunan Tolak Umno, malah akan menolak Umno dan memberikan peluang PAS Terengganu memerintah buat kali ketiga,” tegasnya.
Katanya, program HTU diadakan selama empat hari dan empat malam penuh dengan pengisian untuk rakyat di semua peringkat umur dan jantina.
Ulasan