KEMAMAN
- Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui
batas perkauman dan fahaman agama berikutan kegagalan UMNO/BN mengurus
tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit
menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti.
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan
begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang
bendera PAS tersebut.
[Gambar - Puan Wang (berbaju merah)
memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan
banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik,
petang tadi].
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini
merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan
memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan
di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai
jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya
menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13
nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan
keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita
sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal
dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana
keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang
dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan
tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini',
tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di
premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid,
Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan
PAS DUN Kemasik.
Ulasan