Mendepani PRU-13; Manfaatkan Isu Penyelewengan Pemimpin Umno


KEMAMAN – Bagaimana pendapatan seorang Penyelia Kemas sekitar RM2000 sebulan, boleh mampu membina rumah berharga RM1 juta, sekaligus memiliki dua kereta mewah yang baru dibeli? Namun begitu maklumat ‘jahat’ pemimpin Umno tidak sampai kepada rakyat.
Ia adalah kerana isu penyelewengan dan salah laku pemimpin Umno tidak dimanfaatkan oleh jentera PAS.

Oleh itu, menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat isu-isu pemimpin Umno yang ‘jahat’ tersebut mestilah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“kita mesti memainkan isu (penyelewengan pemimpin Umno)! (Bagaimana) Setiausaha Umno Bahagian Kemaman yang kerjanya sebagai Penyelia Kemas dengan kelulusan SPM hari ini boleh menyiapkan rumahnya yang berharga hampir RM1 juta,

“dalam masa yang sama boleh membeli kereta ‘Camry’ baru, boleh membeli kereta ‘Wish’ yang baru,”ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindkaan DUN Chukai berkata demikian dalam Majlis Taklimat dan Penerangan Kepada Jentera Pilihanraya PAS DUN Chukai sepena lawatan Anggita Dewan Harian PAS Terengganu, di sini semalam 18 Mac.

Justeru beliau menyeru supaya isu tersebut disampaikan kepada seluruh rakyat Kemaman khususnya dan negeri Terengganu.

Katanya, PAS tidak mempunyai media masa dan elektronik bagi menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat.

Oleh itu, katanya, seluruh petugas PAS akan mengambil tugas sebagai ‘TV dan suratkhabar’ bagi memastikan maklumat-maklumat tentang penyelewengan dan salahlaku pemimpin Umno sampai kepada rakyat.

“kalau maklumat ini sampai kepada rakyat, saya yakin dan percaya orang (rakyat) akan buat (perubahan) memberikan undi kepada kita,

“kita tidak ada TV, hanya ada suratkhabar Harakah itu pun terhad, TV1, TV2  tidak ada, yang menjadi TV yang menjadi suratkhaba (adalah0 saudara-saudari sekelian,

“bercakaplah dengan sesiapa pun, (sesungguhnya) Umno telah menyeleweng!,”jelasnya.

Selain mendengar taklimat Bilik Gerakan DUN Chukai, Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama rombongan Dewan Harian pada sebelah petangnya telah bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam Majlis Minum Petang yang diadakan di Kampung Geliga Kuala Kemaman.

Ulasan