DUNGUN - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu masih mengamalkan politik lama dan murahan dengan mempolitikkan setiap program kerajaan dan mengugut rakyat yang tidak sehaluan dengan parti ‘purba’ itu.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata rakyat diugut dengan pelbagai cara dan 'dipaksa' supaya mereka terus menyokong Umno-BN.
Bahkan, lebih dahsyat lagi' kata Cikgu Alias' Umno/BN menyelidiki latar belakang setiap rakyat yang kononnya mahu diberi subsidi, lebih dari 'komunis'
“Amalan ugut sentiasa berlaku terutama sekali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau Abang ini. Orang yang susah, yang mengharapkan bantuan diugut jika tidak sokong kerajaan (BN) sekarang ini bantuan tidak akan dapat atau bantuan ditarik-balik.
“Saya sebut ini ada beberapa keadaan (kes) semasa kita (PAS) turun ke medan. Kita dapati yang menyokong kita (PAS) tidak diberi bantuan. Bukan dia (rakyat) bekerja dengan kita. Sekadar berkeliaran di kawasan markaz-markaz kita sahaja.
“Ditahan beberapa bulan bantuannya. Ini dia (Umno) tidak boleh nafikan sebab fakta ada dan orang pun ada yang menjadi mangsa diskriminasi pemimpin Umno-BN.
“Apa sahaja program yang dilaksanakan oleh kerajaan dipolitikkan. Pembahagian (bantuan) diambil kira hijau ke, biru ke atau macam mana. Kenapa dipolitikkan, jika hendak bagi (agih), bagilah.
“Kita (PAS) lihat sekarang yang (orang) layak terima rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tidak dapat dan yang tidak layak dapat pula rumah itu. Akhirnya, rumah itu tinggal kosong dan sebahagiannya disewakan,” jelasnya ketika dihubungi.
[Gambar - Cikgu Alias menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan dalam program hari keluarga di DUN Rantau Abang yang diadakan tidak lama dulu]
Justeru itu, beliau mengajak rakyat dan pengundi di seluruh negeri ini bangkit membuat perubahan sebagai suatu pengajaran kepada BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurutnya, rakyat perlu sedar dari tipu daya pemimpin Umno yang mempergunakan rakyat semata-mata bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN.
“Inilah yang perlu kita (PAS) perbaiki dan kita mesti ajar dengan kita membuat keputusan yang tepat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.
“Saya harap (penyokong) Umno di kampung ini sedar supaya tidak lagi dipergunakan dan diperalatkan semata-mata untuk mengekalkan 54 tahun pemerintahan BN,” ujarnya.
Ulasan