Sidang DUN Terakhir Sebelum PRU-13 Lebih Panas!


KUALA TERENGGANU - Persidangan dewan Undangan Negeri Terengganu (sidang DUN) akan diadakan bermula pada Isnin 23 April dan berakhir pada Khamis 26 April, 2012, sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut pihak Dewan undangan Negeri telah pun menghantar surat dan meminta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar soalan-soalan untuk dikemukan pada sidang tersebut.

Katanya, ia merupakan sidang DUN terakhir, sekiranya pembubaran parlimen sebagaimana dijangka pada bulan Mei akan datang.

“Kita telah pun berbincang berkenaan soalan-soalan yang akan dikemukakan, insyaAllah, kita harap pihak Umno dan BN ‘gentlemen’ tidak menolak soalan-soalan sebagaimana dalam sidang-sidang DUN yang lalu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal (DUN) PAS Terengganu yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS hari ini, 17 Mac.

Apabila ditanya adakah sidang DUN terakhir ini akan menjadi lebih ‘panas’ berbanding sidang-sidang yang lalu, beliau berkata ia bergantung kepada samada phak kerajaan jujur atau tidak dalam menjawab persoalan yang dikemukakan.

“kalau dia main ‘mengelat’ tolak soalan, tak mahu jawab, rakyat akan menilai mereka dan saat hampir PRU-13 ini, ia sangat penting kepada rakyat,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata Parlimen Malaysia juga sedang bersidang yang bermula pada 12 Mac lalu dan akan berakhir pada 12 April depan.

Ulasan