WARIS Akan Serah Memorandum 12 Perkara Kepada KETENGAH


DUNGUN - Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia atau dikenali dengan WARIS akan menyerahkan satu Memorandum Rakyat kepada pihak pentadbiran  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah ) di pusat pentadbiran Lembaga itu, bandar Al-Muktafi BiLlah Shah.

Menurut Pengerusinya Ustaz Roslan Ismail, pihak Ketengah sudah menyatakan persetujuan menerima Memerandum tersebut pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, Memorandum 12 Perkara tersebut adalah bertujuan mendesak Ketengah mengambil tindakan memperbetulkan haluannya yang kini jauh tersasar dari matlamat asal penubuhannnya.

“Kami pihak Waris memandang Visi KETENGAH sangat hebat, bertujuan untuk menjadi peneraju kepada kesejahteraan rakyat di wilayah Terengganu Tengah dalam masa 10 tahun,

“setelah hampir 40 tahun dan sebelum ia tersasar lebih jauh lagi dari matlamat asal penubuhannya, kami bertanggungjawb untuk menyampaikan hasrat rakyat iaitu memorandum rakyat kepada pihak KETENGAH,”ujarnya.

Menurutnya, antara kandungan Memorandum tersebut adalah mendesak pihak KETENGAH untuk segera mencari alternatif sumber ekonomi kepada penduduk di bandar-bandar yang dibangunkan, agar jurang ekonomi rakyat di sini tidak terus melebar.

Katanya, bandar-bandar seperti AMBS, Bukit Besi, Ketengah Jaya, Cerul dan Seri Bandi dan kampung-kampung tradisi sekitarnya jauh ketinggalan berbanding para penduduk di tempat lain.

Justeru beliau mengambil kesempatan menyeru semua pihak yang berhajat memberikan sokongan moral kepada WARIS agar dapat bersama-sama pada jam 9.30 pagi berhampiran pejabat pentadbiran KETENGAH.

“Memorandum  tersebut akan diserahkan pada jam 10 pagi dan saya menjemput semua pihak berkumpul disekitar pejabat KETENGAH pada jam 9.30 pagi,”jelasnya.

Beliau turut menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan pada sidang media yang akan diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.

Ulasan