500 Ahli dan 'Rakan' DHPP Terengganu Akan Turun 'Berkelah' di Dataran Merdeka


KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu Dr Balachandran yakin, ramai akan menyertai Himpunan Duduk dan Bantah BERIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

“Di mana-mana sahaja orang sudah bercakap tentang nak ‘berkelah’, duduk dan bantah di Dataran Merdeka, mahu menyertai BERSIH 3.0 pada minggu depan,

“kita semua (DHPP) seramai 300 ahli dan ‘rakan-rakan’ kita yang menyokong DHPP dari kalangan bukan Melayu bukan Islam akan turut sama,”ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, beliau menghadiri mesyuarat yang diadakan bersama Jawatankuasa Sekretariat BERSIH, Marina Chin Abdullah yang diadakan pada minggu lalu (gambar kanan).

Katanya pelbagai pihak mewakili parti politik dan NGO hadir sama dalam mesyuarat gempur Himpunan BERSIH 3.0 itu bagi negeri Terengganu itu.

“jadi kita akan bersama-sama dengan sasaran lebih 50,000 orang yang turun dari negeri Terengganu, ada yang sudah membuat tempahan bas secara beramai-ramai, naik kereta sendiri dan lain-lain,

“sekiranya dihalang, dan tidak sampai ke Dataran Merdeka, kita akan duduk di situ, di mana kita dihalang, duduk dan bantah,”katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Agong PAS Dato’ Mustafa Ali turut yakin ramai yang akan turun menyertai BERSIH 3.0.

Beliau menjangkakan pihak polis tidak boleh bertindak kerana para peserta hanya duduk dan bantah.

“Saya yakin ia akan merupakan kumpulan yang besar (yang hadir) pada 28hb (April) ini InsyaAllah, saya tahu dikalangan saudara-saudara sudah bersiap sedia untuk pergi,

“PAS dah kerah (ahlinya) Keadilan dah kerah (ahlinya) jadi kita akan tengok nanti,”ujarnya.

Beliau yang berucap pada ceramah bersama Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim  di Dungun berkata mungkin di negeri-negeri juga akan membuat himpunan BERSIH 3.0 bagi mereka yang tidak berkesempatan turun ke Dataran Merdeka.

Ulasan