DUNGUN – Rakyat dapat mengecapi nikmat yang banyak pada hari ini adalah kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan rakyat dan gagal mendapat majoriti dua pertiga di parlimen sejak pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu.
Sebaliknya, menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, rakyat tidak mempunyai nilai dan harga sekiranya Umno dan BN kuat.
“Sebab Umno tidak memiliki 2/3 kuasa di parlimen (dan kerana) desakan rakyat dan Pakatan rakyat yang cukup yang cukup kuat, mereka terpaksa akur, sebab itu hari ini, rakyat dapat mengecapi nikmat yang bayak,
“kalau Umno berkuasa dengan majority yang besar, bagi dia rakyat tidak ada nilai dan harga,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Persatuan Anak-anak Peneroka (Anak) peringkat negeri Terengganu.
[Gambar - Ustaz Satiful (duduk tengah) bersama Pengerusi Anak Kebangsaan Mazlan Aliman (paling kanan) serta Pengerusi Anak Terengganu Cikgu Solah (paling kiri) meneliiti 'pelan tanah' peneroka Kerteh 2 yang didakwa tidak diterima sebagai sandaranoleh pihak bank]
Oleh sebab itu, katanya, kerajaan memberikan bantuan ‘one-off’ bukanlah kerana kebaikan atau kebajikan, tetapi terpaksa memenuhi tuntutan rakyat kerana ‘nyawa’ pemerintahan mereka sudah sampai ‘ke paras hidung’.
Beliau yang juga bekas ADUN Paka berkata, rakyat Terengganu tidak pernah mendengar wang Ehsan sebelum daripada kerajaan PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.
Katanya, setelah RM7 bilion pendapatan diterima dari royalti minyak sehingga tahun 1999, tidak pernah apa yang dinamakan sebagai ‘wang Ehsan’.
“RM7 bilion lebih pendpatan daripada royalty sebelum daripada tahun 1999, tapi rakyat tak pernah rasa (wang ehsan),
“apabila PAS memerintah dan menawarkan khidmat (lebih baik) kepada rakyat, Umno yang mahu meraih undi, mereka terpaksa menawarkan dan keluarlah wang ehsan dan sebagainya,”jelasnya.
Justeru, kata beliau, rakyat akan untung apabila PAS dan Pakatan Rakyat kuat dan memerintah negeri dan Negara ini.
Oleh yang demikian, beliau menyeru supaya rakyat menggunakan kebijaksanaan dalam pilihanraya umum yang akan datang terutamanya masyarakat Felda.
Menurutnya, Kerajaan PAS yang memerintah pada tahun 1999 hinggan 2004 telah mengiktiraf para peneroka dan menganugerahkan geran hak milik kepada para peneroka terutamanya di Felda Kerteh 1 dan Felda Neram.
Katanya, sekiranya PAS dan Pakatan rakyat diberi mandat pada pilihanraya umum akan datang dan memerintah negeri Terengganu serta kerajaan Malaysia, seluas jumlahnya 86, 000 hektar tanah Felda Plantations di negeri Terengganu akan diagih-agihkan kepada generasi kedua dan ketiga peneroka Felda.
Ulasan