KUALA TERENGGANU – Cikgu Zakaria @ Supar Ali (Cikgu Ya) merasa sangat kecewa terhadap Umno dan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said yang seolah-olah mengelak dan tidak mahu bertemu dengannya.
Beliau yang tiba di Pejabat Umno Negeri Terengganu di Jalan Sultan Ismail, disini, kira-kira jam 2 petang semalam tidak diberitahu terlebih dahulu, tentang temujanjinya yang dibatalkan.
Pengiringnya memaklumkan, Cikgu Ya hanya tahu tidak ada sebarag perjumpaan antara Menteri Besar dengan rakyat pada 18hb April, apabila membaca notis yang ditampal di pejabat Umno.
“Cikgu Ya sangat marah, dia sangat marah kepada ‘receptionist’ (penyambut tetamu) di pejabat Umno, tapi kami bawa dia keluar, minta dia bertenang,”ujar pengiringnya, yang tiak mahu dikenali ramai, ketika ditemui Buletinonline.
Sebelumnya, abang kepada Setiausaha Agong PAS Dato’ Mustafa Ali itu dijanjikan berpeluang bertemu dengan Ahmad yang juga Menteri Besar (MB) Terengganu pada hari Rabu sekitar jam 2.30 petang, semalam, Rabu 18 April.
Tujuan beliau mahu berjumpa dengan Ahmad Said adalah untuk menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.
Cikgu Ya mahu menyatakan pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ‘penyakit’ masyarakat sekarang.
Menurutnya, pelbagai gejala penyakit masyarakat yang berlaku setiap hari tidak dapat diselesaikan dengan undang-undang yang sedia ada hari ini.
Justeru pertemuan beliau dengan Ahmad Said diatur oleh pimpinan Umno pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri beberapa hari lalu.
Namun kebimbangannya terhadap kejujuran Ahmad Said dan pemimpin Umno jelas benar apabila Ahmad Said membatalkan perjumpaan tanpa sebarang pemberitahuan.
Pada tahun 2007, pertemuan beliau dengan matan Menteri Besar, Dato’ Sri Idris Jusoh pernah dimanupulasikan oleh pihak tertentu dan dijadikan bahan kempen Umno untuk pilihanraya umum ke-12 tahun 2008.
Setelah gagal bertemu dengan Ahmad Said semalam dan melihat bahawa tidak ada kejujuran kepada pemimpin Umno Terengganu, Cikgu Ya akan berdoa dan bermunajat agar PAS menang dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang, memerintah negeri dan melaksanakan hudud.
“Cikgu Ya kesal dan berkata beliau akan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar PAS menang dalam pilihanraya umum akan datang,”kata pengiringnya.
Berita sebelumnya:
Umno Atur Pertemuan Zakaria Dengan Mad Said
Ulasan