Jentera PAS Sedia Mendepani Cabaran Di DUN Kota Putra


BESUT - PAS Kawasan Besut menegaskan kesediaan jentera pilihanraya untuk menyahut cabaran dan bertanding mewakili Pakatan Rakyat padaa kelima-lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen dalam pilihanraya umum kali ke 13 akan datang.

Menurut Yang DiPertuanya, ustaz Wa Azhar Wan Ahmad, ia termasuk bertanding dikawasan DUN Kota Putera yang tidak diwakili oleh PAS dalam pilihanraya lalu.

“Adapun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Kota Putera, mewakili seluruh anggota jawatankuasa PAS Kawasan Besut, berasaskan potensi kemenangan yang ada,

“kita menyatakan untuk kesekiankalinya kesediaan PAS untuk mewakili Pakatan Rakyat bagi mendepani cabaran di lokasi tersebut,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan ucapan utamanya bertajuk “ Merisik Isyarat Kemenangan” sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut yang diadakan di Dewan Haji Salleh, Alor pada Sabtu 21 April.

Menurutnya, isu-isu yang begitu banyak di peringkat nasional dan negeri Terengganu meningkatkan momentum kemenangan PAS di kawasan Besut.

Kataya, program ziarah rumah ke rumah yang telah dijalankan dan sokongan masyarakat terhadap PAS diterjemahkan dengan sumbangan Dana Pilihanraya yang melepasi sasaran.

“PAS Kawasan Besut yakin bahawa jentera di peringkat DUN dan Unit-Unit Peti Undi sedang bersiap siaga untuk mendengar arahan pimpinan. Sesuatu yang amat menggembirakan kita apabila melihat warga Tionghua menguntum sunyuman menyambut mesra di saat kita menyantuni teratap dan gedung-gedung mereka.

“Dan signal yang lebih kuat terasa di saat kita melancarkan Kutipan Dana Pilihanraya Umum Ke 13 pada 12 Februari yang lalu di mana kutipannya melimpasi target yang ditetapkan serta isu-isu yang membaluti batang tubuh kepimpinan UMNO samada di peringkat nasional, negeri mahupun di peringkat domestic pastinya akan membugarkan lagi momentum yang sedia ada,”jelasnya.

Sehubungan dengan itu,  beliau yakin akan potensi kemenangan PAS kian terserlah dan InsyaAllah dengan izin Allah, katanya, Umno dan Barisan Nasional dapat ditumbangkan.

Menurutnya, mood dan semangat kerja yang ada dikalangan ahli-ahli dan penyokong PAS begitu tinggi maskini, umpama  ‘badai gelombang ombak yang mengganas’.

Justeru, katanya, aset paling utama kepas setiap ahli PAS adalah manhaj tarbiyah yang berpaksikan aqidah bakal meranapkan semua halangan.

“Saya yakin dan percaya, berpaksikan manhaj tarbiyah yang menunjangi setiap ahli, apapun resolusinya kita akan sentiasa menjaga dan mengawal bahtera perjuangan yang dibina oleh mereka yang terdahulu,

“untuk mempastikan ianya selamat bukan sahaja untuk kita dan anak-anak cucu kita tetapi juga penumpang-penumpang yang mengharapkan rahmat daripada Allah. Insya Allah, kita akan tetap berpegang dengan disiplin dan akhlak berjamaah.”tambahnya.

Mesyuarat Agung tersebut dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, merangkap Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Ulasan