Kerajaan dan Petronas Disaran Tingkatkan Langkah Keselamatan Industri Gas dan Petroliam


DUNGUN – Pihak berkuasa kerajaan Malaysia dan pemain utama industri petroliam negara Petronas, diminta meningkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan perindustrian minyak dan gas utama negara di Kerteh dan Paka dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata ia bagi mengelakkan kejadian pekerja selenggaraan terhidu gas Ammonia yang berlaku pada Khamis 5 April lalu berulang kembali.

“Kita harap kerajaan dan Petronas dapat mengambil tindakan proaktif,  langkah-langkah pencegahan dan keselamatan dapat dipertingkatkan di kawasan industri,

“supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali pada masa depan, “ujarnya ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa kejadian terhidu gas tersebut di hospital Dungun, di sini.

Menurutnya, pada Khamis malam, beliau menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan terus bergegas bagi mengetahui keadaan sebenar.

Katanya, beliau dimaklumkan seramai 27 orang mangsa terbabit telah menerima rawatan awal di Klinik Kesihatan Paka dan kemudian dihantar ke hospital Dungun bagi menerima rawatan lanjut.

Oleh itu, beliau berkata, pihak terbabit pelu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Bagaimanapun, Petronas dilaporkan telah menafikan kejadian pelepasan ammonia di Kerteh pada 8.30 malam Khamis itu adalah berpunca dari mana-mana lojinya.

Menurut kenyataan Pejabat Wilayah Pantai Timur Petronas Kerteh, pihak berkuasa masih menyiasat insiden itu.

Adalah dipercayai pelepasan gas tersebut berlaku di sebuah loji lain yang tiada kaitan dengan syarikat petroleum negara itu.

Dalam Kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas itu sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.

Oleh itu, Ustaz Wan Hassan selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun berkata, pihak terbabit perlu mengambil tindakan melakukan siasatan terperinci punca-punca kejadian tersebut bagi mengelakkan malapetaka yang lebih besar

Turut melawat mangsa di Hospital Dungun adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani dan Setiausaha NGO Waris Naraza Muda.

Ulasan