MB Ahmad Said DiPelawa Ke PASTI!


KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu mempelawa Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said untuk ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PAS) bagi mendapat maklumat  sebenarnya pusat pendidikan Pra-Sekolah anjuran PAS itu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Zaidan Abdullah berkata selaku ketua kerajaan dan juga Pengerusi Perhubungan Umno, Ahmad Said sepatutnya tahu membezakan diantaraprogram kerajaan dan program parti.

“PASTI adalah program parti PAS ia bukan program kerajaan, yang dijanjikan PAS dalam manifesto untuk melupuskan pinjaman PTPTN dan pinjaman Yayasan Terengganu itu adalah program kerajaaan,”jelasnya.

Zaidan berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad yang ‘kononnya’ mencabar PAS agar melupuskan yuran PASTI terlebih dahulu sebelum berjanji melupuskan pinjaman pelajaran terbabit.

Beliau menempelak ADUN Kijal itu yang bercakap dengan tidak mempunyai maklumat dan fakta yang tepat umpama ‘orang tak betul’.

Katanya, tidak ada program PASTI di negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebagaimana yang disebut oleh Ahmad dalam kenyataanya.

“ADUN Kijal itu kena check betul-betul sebelum bercakap, jangan jadi ‘orang tak betul’, tidak ada PASTI di seluruh negeri Terengganu yang mengambil yuran sebanyak RM110 sebulan, itu fakta yang salah,”tegasnya.

Justeru, beliau meminta Ahmad Said membetulkan kenyataan tersebut kerana ia hanya akan memalukan status Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Secara sinis, Zaidan berkata, sekiranya Ahmad Said mahu memasuki PASTI, Dewan Pemuda yang bertanggungjawab sanggup memberikan yuran percuma kepada beliau, sekiranya Ahmad mahu.

“DPPNT selaku badan yang diamanahkan menguruskan PASTI sedia menanggung segala kos pembelajaran, yuran, pakaian, pakaian sukan,

“malah akan memberikan wang saku kepada Mat Said sekiranya beliau berminat mengikuti pengajian di PASTI,”sindir Zaidan

Ahmad Said dilaporkan ‘melenting’ ketika ditanya pihak media berhubung kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengisytiharkan janji PAS menghadapi pilihanraya umum ke-13.

PAS Terengganu berikrar akan melupuskan hutang pinjaman pelajaran yang diberikan oleh Yayasan Terengganu kepada pelajar dan mahasiswa anak negeri Terengganu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu dan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Menurut  Haji Wahid, ia akan menjadi manifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) selaras dengan janji Pakatan rakyat yang akan memberikan royalti minyak sebanyak 20% sekiranya menang PRU akan datang

“kita InsyaAllah akan memasukkan janji melupuskan pinjaman Yayasan Terengganu selaras dengan keputusan Pakatan Rakyat yang berhasrat menghapuskan PTPTN,

“jika kita diberi mandat dengan rakyat memilih PAS di Terengganu dan Pakatan Rakyat menang Putrajaya,  wang hasil royalti akan bertambah kepada 20%  dan dipulangkan kembali kepada rakyat,”ujar Haji Wahid

Ulasan