KUALA NERUS – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu kesal dengan sikap melulu dan terburu-buru Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu mengambil tindakan menamatkan pinjaman sembilan pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir.
Menurut Timbalan Ketuanya, Ustaz Ridhuan Hashim, kenyataan Ahmad Said yang berkeras tidak mahu mengembalikan semula pinjaman tersebut menunjukkan beliau seorang yang ‘keras hati’ dan ‘keras kepala’.
“Kita percaya tindakan yang diambil adalah terburu-buru dan tidak sewajarnya (kerajaan) bertindak demikian, (ia) menyalahi dan menyanggahi peraturan itu sendiri,
“sepatutnya suatu tindakan yang cermat dan berhemah (bertujuan mendidik) bukan dengan secara melulu,”tegasnya.
[Gambar - Ustaz ridhuan (baju hitam dua dari kanan) bersama rombongan Pemuda PAS bertemu dengan ayah Azizi, Abu Bakar Yusof (baju puti paling kiri) dirumahnya di Kampung Mengabang Telipot semalam]
Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas mengunjungi keluarga Azizi Abu Bakar, salah seorang mangsa tindakan ‘zalim’ kerajaan Umno, di Kampung mengabang Telipot dekat sini, pada Isnin 9 April.
Katanya, Pemuda PAS berkongsi simpati dan menziarahi keluarga terbabit atas rasa kebersamaan dengan keluarga Azizi serta menghulurkan sedikit sumbangan.
Sehubungan itu, beliau bersama Pemuda PAS Malaysia dan BERSIH berikrar akan berusaha menggunakan seluruh saluran yang ada bagi mempertahankan pelajar terbabit mendapatkannya haknya kembali.
“kita (Pemuda PAS Terengganu) untuk masa ini akan menjadi pemudah cara oleh kerana Pemuda PAS Malaysia di bawah JUHAM dan BERSIH sendiri sudah (membuat keputusan) untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma untuk membela anak (pelajar) ini,
“kita (juga) akan menggunakan seluruh saluran yang ada untuk kita mempertahankan hak pelajar ini supaya mereka dapat kembali pinajaman sebagaimana yang ditawarkan sebelum ini,”jelasnya.
Pihak Yayasan Terengganu (YT) telah berjanji mempertimbangkan akan memulangkan kembali bantuan pinjaman pelajaran tersebut dalam Mesyuarat Lembaga YT akan datang.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan YT Haji Razali Mahmud ketika pertemuannya dengan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat pada 19 Mac lalu di pejabat YT.
Namun begitu, seleang beberapa hari selepas itu, Menteri Besar Ahmad Said dan Exco Pelajaran Negeri Razif Abdul Rahman dilaporkan beberapa akhbar membuat kenyataan ‘keras’ tidak mahu memberi semula pinjaman tersebut kepada plajar terbabit.
Ekoran kenyataan tersebut, pada 2 April, 17 orang mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) telah bertemu dengan pihak YT dan memberikan tempoh masa seminggu kepada YT dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengembalikan semula pinjaman tersebut.
Tempoh tersebut telah berakhir kelmarin dan seluruh rakyat Terengganu kini menunggu keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah YT yang diadakan hari ini, Selasa, 10 April.
Ulasan