Tiga Mantan Pengarah Pelajaran Di Pentas Kawan


KUALA TERENGGANU – Dua orang mantan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan seorang mantan Pengarah Pelajaran negeri Perak duduk sepentas membicarakan isu maruah generasi masakini, pada program Himpunan Generasi Bermaruah (HGB) yang diadakan di sebuah Resort di Kuala Ibai dekat sini.


Program HGB adalah satu himpunan yang dianjurkan oleh Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan) sebuah badan bukan kerahaan (NGO) dibawah Lujnah Pendidikan PAS Pusat yang di Pengerusikan oleh Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik.

Dua orang mantan pengarah pelajaran Terengganu itu ialah Haji Mohd Omar Ab. Rahman dan Haj Deraman Muda, manakala mantan Pengarah Pelajaran Perak ialah Dato’ Haji Adnan Ibrahim.

[Gambar Kanan - dari kiri Cikgu Haji Daud Jusoh, Pengurus Panel Perunding Kawan Terengganu, Haji Mohd Omar Ab. Rahman, Dato’ Haji Adnan Ibrahim (mantan pengarah pelajaran Perak) dan Haji Deraman Muda]

Menurut Pengarah Kawan negeri Terengganu, Haji Yaakub Mohd, kemunculan ketiga-ketiga tokoh pendidikan itu adalah dalam usaha Kawan mengambil bahagian yang aktif dalam menyedarkan masyarakat  betapa pentingnya amal soleh dan menggerakkan amar makruf nahi mungkar di kalangan massyarakat hari ini.

“Berbekalkan pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan, ahli-ahli Kawan berusaha dan bertekad untuk mengambil bahagian aktif, mengambil peluang dan ruang yang ada,

“memikirkan dan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya amal soleh, amar makruf nahi mungkar digerakkan secara menyeluruh dan bersepadu kepada masyarakat hari ini,”ujarnya dipetik  dalam alu-aluannya pada buku program HGB.

[Gambar kiri - para peserta Forum HGB  mendengar ucapan Mantan Pengarah Pelajaran Terengganu Hj Mohd Omar Ab. Rahman]

Menurutnya, usaha Kawan itu dapat dicapai melalui aktiviti forum, diskusi, ceramah dan seminar sebagaimana program HGB  yang diadakan pada hari ini Sabtu, 21 April.

HGB di rasmikan oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS Tuan Guru dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Ma’ahad Tahfiz wal Tarbiyah (MTT) pada jam 2.30 petang.

Serentak dengan majlis perasmian adalah Froum yang di adakan di Qurata Riverside, Kuala Ibai dan Ceramah Perdana akan berlangsung jam 8.30 malam, juga bertempat di MTT.

Ulasan