Kembara Tarbawi 4x4 Kali Ke3 Bersama Tuan Guru Presiden


  • PDF
KUALA TERENGGANU – Lujnah Tarbiyah Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu akan menganjurkan program Kembara Tarbawi Kali Ke-3 pada 18 hingga 19hb Mei 2012, bermula pada hari Jumaat sehingga Sabtu depan.

Menurut Urusetia Lujnah, Ustaz Faisal Mizan, jajaran perjalanan Kembara Tarbawi kali ini adalah bermula dari Masjid Rusila menuju ke pekan Ajil di Kuala Berang dan seterusnya meneruskan ekspedisi sehingga tapak perkhemahan  di Sungai Tersat, Hulu Terengganu.


Katanya, setiap kenderaan pacuan empat roda yang ingin menyertai program tahunan Lujnah Tarbiyah itu akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM150.

Beliau berkata, mereka yang berhasrat untuk bersama-sama ‘program lasak’ bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu, diminta menghantar borang penyertaan selewat-lewatnya pada hari Selasa 15 Mei.

katanya, barang pendaftaran dan urusan penyertaan boleh dibuat mengikut kawasan masing-masing dengan menghubungi wakil-wakil seperti senarai dibawah.
1. Besut -Jihadi/0199562191,
2. Setiu - Din/0199102966,
3. Kuala Nerus -Yusri/0129503496,
4. Kuala Terengganu -Azrin/0199851679,
5. Hulu Terengganu - Safari/0139849466,
6. Marang - Lan/0139335150,
7. Dungun - Fiza/0179121312,
8. Kemaman - Hj Johan/0199891185

Ulasan