KEMAMAN – Begitu banyak kezaliman yang dilakukan oleh pasukan polis semasa Himpunan Aman BERSIH ‘Duduk dan Bantah’ yang diadakah berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April yang lalu.
Timbalan ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu,
Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani mendakwa, seramai 2000 orang polis menyamar memakai baju kuning BERSIH dan duduk dicelah-celah orang ramai semasa perhimpunan diadakan.
Menurutnya, mereka melakukan provokasi dan menghasut rakyat manakala pada sebelah petangnya, polis yang menyamar itu juga yang telah menangkap para peserta BERSIH.
“Kita dapat maklumat, polis yang pakai baju kuning, lebih dariapada 2000 orang, yang duduk ditengah-tengah orang ramai untuk menggerakkan (menghasut) orang ramai melakukan keganasan,
“kemudian diwaktu petang, orang yang sama menangkap peserta BERSIH, belasah mereka, pukul meraka,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah Isu Semasa Pasca BERSIH di Kampung Gong Pauh dekat sini pada Jumaat 4 Mei.
Mengulas lanjut, beliau berkata polis bertindak menzalimi rakyat kerana mengikut telunjuk dan arahan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, beliau berada di tempat himpunan sejak malam Jumaat 27 April tetapi tidak berlaku apa-apa.
Namun demikian, menurutnya, kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari Himpunan BERSIH 3.0 kerana provokasi dari pihak polis sendiri.
Ulasan