HULU TERENGGANU – Sumber dalaman Umno Bahagian Hulu Terengganu memaklumkan bantahan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terhadap ceramah Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Taman Sungai Bajar Kuala Berang adalah didalangi oleh kumpulan yang ‘terbuang’.
Sumber tersebut memberitahu, kumpulan tersebut juga yang telah cuba ‘mempalitkan lumpur’ dengan ‘melempar batu sembunyi tangan’ dalam kes yang kononnya bangunan Umno Hulu Terengganu disimbah dengan cat sewaktu PAS menganjurkan program Itqan al-Muluk Bi Takdi as-Suluk pada bulan Januari lalu.
[Gambar kanan; polis membuat rondaan semasa ceramah Pra bubar diadakan semalam bagi mamstikan 'kumpulan terbuang' tidak buat kacau]
Pada Selasa 8 Mei, beberapa individu yang mendakwa mereka adalah penduduk Sungai Bajar telah mengangkat kain rentang dihadapan kedai serbaneka di hadapan Taman Sungai Bajar berhampiran lokasi ceramah Pra Bubar yang dianjurkan PAS.
Walaupun begitu, ceramah tersebut telah berjaya diadakan pada Selasa malam tanpa sebarang gangguan dan dihadiri hampir 1000 orang khalayak.
Turut menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Pengerusi DAP Pahang YB Leong Ngah Ngah dan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
[Gambar kiri; bantahan tidak mandapat sambutan....akhirnya kain rentang ditinggalkan tanpa tuan]
Pada 10 Januari lalu, menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Setiausaha Eksekutif Umno Bahagian Hulu Terengganu, Tuan Razilah Mohd Said dilaporkan membuat laporan polis kononnya bangunan Umno Hulu Terengganu dan Pejabat Khidmat Masyarakat Umno Telemong disimbah cat.
Namun, sehingga kini tidak ada individu yang ditahan dan disiasat berhubung simbahan cat tersebut.
Ulasan