Mat Zan Kecewa Layanan Buruk PBSNT


KUALA TERENGGANU -  Bekas Ketua Jurulatih pasukan bolasepak negeri Terengganu yang diminta meletakkan jawatan, Mat Zan Mat Aris kesal dengan layanan buruk yang diterimanya oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Bliau menuntut pihak PBSNT agar dapat membayar pampasan yang sewajarnya kerana ‘memecat’ beliau memandangkan katanya, kontrak beliau sebagai jurulatih hanya akan tamat pada November depan.

"Mereka harus membayar saya pampasan untuk baki kontrak saya tetapi mereka hanya menawarkan pampasan dua bulan," ujarnya kesal.

Mat Zan juga mendedahkan bahawa beliau telah menerima surat tunjuk sebab dari PBSNT meminta beliau menjelaskan kemerosotan dalam prestasi pasukan.

"Saya dikehendaki menjawab sebelum 23 Mei. Ini bukan cara untuk melayan saya selepas apa yang saya telah lakukan untuk pasukan (Terengganu), "katanya semalam.

"Biar lah berlaku adil. Pasukan (bola sepak Terengganu) telah layak untuk pusingan kedua Piala AFC, berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA dan menduduki tempat ketiga dalam Liga Super apabila saya diminta untuk bercuti. (Maknanya) Ia bukanlah satu rekod yang buruk,

"Saya kecewa dengan cara PBSNT mengendalikan keadaan. Saya hanya meminta mereka memberikan pampasan yang saya perlukan. "

Mat Zan berkata PBSNT mestilah bertindak munasabah kerana beliau telah bersedia untuk meninggalkan pasukan yang beliau sayangi.

"Mereka telah mengupah seorang jurulatih baru jadi tiada sebab saya kekal (melatih pasukan). Saya hanya mahukan yang terbaik untuk pasukan dan pemain ... tetapi PBSNT mesti berlaku adil kepada saya juga, "katanya.

Mat Zan juga kesal kerana PBSNT melayannya begitu baik ketika meminta beliau menggantikan Irfan Bakti tahun lepas.

"Tetapi apabila mereka tidak mahu saya ... mereka melayan saya secara ‘lebih kurang’. Saya ucapkan selamat berjaya kepada jurulatih baru dan pasukan (menjadi) yang terbaik, "katanya.

Mat Zan yang nama penuhnya adalah Haji Mohd Zan Haji Mohd Aris ditawarkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Terengganu bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim pada Disember 2011.

Irfan Bakti yang tidak menyambung kontrak beliau selaku jurulatih selama dua musim yang berakhir pada 30 November lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh ketika itu berkata yakin Mat Zan mampu membimbing skuad Terengganu berdasarkan rekod kejayaannya membawa Terengganu muncul juara Piala Malaysia pertama pada tahun 2009.

Artikel terkait sebelum ini;

Akhirnya Mat Zan Melangkah Pergi
Mat Zan 'Direhatkan' selama dua minggu

Ulasan