KUALA TERENGGANU - Pada Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember 2010, kerajaan Terengganu mengumumkan sebelas projek pembangunan Tasik Kenyir melibatkan perbelanjaan RM298 juta.
Projek-projek tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan dalam jadual dibawah.
Sehingga Januari 2012, hanya dua sahaja projek yang telah siap, iaitu Santuari Gajah dan Pulau Burung, manakala projek-projek lain masih lagi berstatus ‘dalam pembinaan’.
Walaupun Pulau Burung yang tidak disenaraikan dalam projek yang dinyatakan, pembinaan yang mungkin termasuk dalam ‘Eco Resort’ bernilai RM6 juta itu masih ditutup kepada orang ramai.
Pelbagai spesis burung sebanyak 141 ekor yang dibeli, dari harga termurah bernilai RM750 seekor (Mandarin Duck) sehingga yang paling mahal berharga RM5,400 seekor (Whooper Swan), keseluruhannnya membelanjakan wang rakyat Terengganu sebanyak RM223. 750.00.
Tinjauan Buletinonline pada Disember lalu mendapati hanya tinggal kira-kira 50 ekor spesis burung yang ditempatkan di Pualau Burung.
Dalam jawapan yang diberikan oleh kerajaan negeri, burung-burung tersebut mati kerana dimakan, ular dan biawak.
Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak yang turut sama dalam tinjauan itu, menyifatkannya sebagai 'Projek Mengigau' Menteri Bear Terengganu.
Manakala pembangunan Pulau Bebas Cukai yang sudah ‘dijaja’ keliling dunia oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said hanyalah baru setakat kerja-kerja pembersihan kawasan dan kerja tanah.
Mengulas pembangunan projek tersebt, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Teregganu mempersoalkan adakah ia projek 'pulau bebas cukai atau pulau bebas balak'.
Belum ada pun sebuah bangunan yang didirikan pada Januari 2012, walaupun begitu Ahmad Said pada 6 Mei, 2011 baru-baru ini, mendakwa pulau bebas cukai akan siap pada Ogos tahun ini.
Ahmad pada 18 Februari lalu, sebagaimana dilaporkan oleh media, kesal dengan prestasi kemajuan kerja beberapa projek yang sedang berjalan didapati agak perlahan dan ketinggalan.
Sementara itu, pembangunan pulau bebas cukai juga didakwa terbabit dengan perlanggaran hak dan pembangunan yang tidak mendapat izin pemilik tanah individu.
Menurut Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (Gempar) Haji Salleh Embong, salah seorang pemilik tanah dikawasan berhampiran telah membawa kes tersebut ke mahkamah.
Haji Salleh berkata, tanah individu terbabit telah diceroboh oleh kontraktor bagi membina tiang kabel elektrik yang membekalkan kuasa ke pulau bebas cukai.
Ulasan