Pilihanraya Mungkin Bulan Julai Pula, PAS Mungkin Tangguh Muktamar


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Dewan Rakyat (parlimen) akan mengadakan sidang pada 11hb hingga 23hb Jun yang akan datang.

Oleh itu, selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu beliau berpendapat, pilihanraya umum (PRU) kali ke-13 akan diadakan selepas bulan sidang tersebut pada bulan Julai yang akan datang.


Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad 13hb di Pejabat Agong PAS Pusat, yang besar kemungkinan akan mennagguhkan Muktamar tahun PAS Pusat.

“Saya ucap terima kasih banyak-banyak  kerana memberikan peluang kepada saya (merasmikan Muktamar Muslimat), saya harap Muktamar Tahunan Muslimat (negeri Terengganu) akan bincang (tentang pilihanraya) kerana mungkin ini Muktamar yang terakhir,

“lusa ada mesyuarat PAS Pusat besar kemungkinan Muktamar (Tahunan PAS Pusat) akan ditangguhkan,”ujarnya.

[Gambar - Ketua dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Puan Safinah Jusoh memberi ucapan pada Muktamar Muslimat Kali Ke-39 di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu Kuala Ibai]
Haji Wahid berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu Kali Ke-39 yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Terengganu di Kuala Ibai hari ini, Jumaat 11 Mei.

Sebelum itu beliau menegaskan, tiga sasaran utama kumpulan pengundi yang mempunyai kecenderungan menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Justeru beliau menggesa Muslimat memainkan perananan mendekati golongan sasar tersebut bagi memastikan PAS menang dlam pilihanraya tersebut.

“Pengundi atas pagar adalah sasaran kita, pengundi muda adalah sasaran kita dan pengundi Cina adalah sasaran kita, saya harap muslimat dapat mendedakati sasaran-sasran ini,”tambahnya.

Menurutnya, pelbagai pendekatan boleh diambil bagi menawan hati pengundi antaranya adalah menghantar tanda ingatan seperti kad ucapan hari lahir dan lain-lain yang memberi kesan perasaan.

Ulasan