Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Ke-2; Bilakah Akan Siap Sepenuhnya?


KUALA TERENGGANU -  Pada 27 April 2010, Exco Infrastruktur kerajaan negeri Terengganu ketika itu, Yahaya Khatib Ali mengumumkan kos LPT Fasa 2 (LPT2) dari Jabor ke Gemuroh, yang panjangnya 183km ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012.

Namun kos LPT tersebut meningkat secara mendadak.


Pada 2 November 2011, Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di parlimen,  kos LPT tersebut telah meningkat RM2 bilion kepada RM5 bilion.

Walaupun setelah di tender beberapa kali, sehingga kini, April 2012, hanya empat dari 15 pakej LPT yang siap sepenuhnya dan hanya laluan dari Gemuroh ke Bukit Payong serta lauan Ajil ke Bukit Besi yang dibuka kepada orang ramai.

[Gambar - Masih dalam pembinaan? Laluan LPT dari Gemuroh ke Bukit Payong walaupun telah dibukan sejak setahun lalu, masih diperbaiki akibat mendapan tanah]
Manakala 11 pakej lagi masih dalam pembinaan dan yang paling mendukacitakan pakej 7 laluan Paka-Kemaman sejauh 13.7 kilometer dan pakej 4 laluan Stesen Mardi-Ibok sejauh 3.7 kilometer masih dalam proses tender  semula.

Rakyat mempersoalkan kredibiliti kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana kontraktor yang yang dilantik sebelumnya gagal menyiapkan projek tersebut.

Setelah itu kontraktor terbabit  menyerahkan kembali kepada kerajaan pakej yang dianugerahkan kepada mereka, kerana mereka tidak lagi mampu melaksanakannya.

Antara helah dan alas an kontraktor ‘Orang Kuat umno’ (OKU) itu adalah kerana peningkatan harga barangan pembinaan ekoran kenaikan harga minyak.

Tanpa rasa segan silu, kerajaan Umno/BN menaikkan harga tender dan menganugerahkan semula projek-projek terbabit, kepada kontraktor yang telah gagal sebelumnya.

Antaraya adalah syarikat Arah Jitu Sdn Bhd beralamat di beralamat di 343E Bangunan Umno, Kuala Terengganu 21700, Terengganu yang diberikan semula pakej 9B, walaupuntelah gagal sebelumnya.

Pada Khamis 26 April, 2012, ketika kononnya kesal dengan pembinaan LPT2 yang terlalu perlahan, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, walaupun tidak yakin ia akan siap, mensasarkan pula LPT2 dapat digunakan sepenuhnya pada akhir 2013.

Ulasan