Setelah Lebih Dua Tahun Operasi; Lembah Kaprima RM26 juta Gagal


KUALA NERUS - Hasrat kerajaan untuk melihat Terengganu menjadi pengeluar daging kambing terbesar di negara ini tidak menjadi kenyataan apabila Projek Lembah Kaprima bernilai RM26 juta dimulakan Disember 2010 masih gagal.

Menurut Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, di antara  lapan projek 'Kambing Prime Malaysia' (Kaprima) yang akan dilaksanakan adalah di Kampung Sedaging, Hulu Besut.

“setelah beroperasi lebih setahun setengah, sepatutnya sebanyak 500 ekor ibu kambing menghasilkan sekurang-kurangnya 2000 anak, tetapi amat mengejutkan hanya 9 ekor anak di hasilkan di Lembah Kaprima Sedaging,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ceramah isu semasa di kampung Pulau Ketam, Pulau Duyung, dekat sini pada Khamis malam 17 Mei. [Gambar atas]

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus mendedahkan perkara tersebut berdasarkan jawapan dari soalan yang dikemukakannya kepada Dewan undangan Negeri April lalu.

Katanya bukan sahaja anak kambing tidak dihasilkan, bahkan, ibu kambing telah mati dan berkurang daripada 5000 kepada 215 ekor.

Pada Oktober 2009,  Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri Dr Azizol Mohd Sharum berkata peruntukan RM26 juta telah diluluskan kerajaan negeri untuk lapan projek Kaprimaa di Terengganu.

Katanya, projek Lembah Kaprima itu ialah di Kampung Payang, Hulu Terengganu, Kampung Cabang (Kemaman), Kampung Segading (Hulu Besut), Hulu Seladang dan Telaga Papan (Setiu), Durian Mentangau (Dungun), Tanjung Gadong (Marang) dan Mengabang Bakung (Kuala Terengganu).

Sebelum itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said juga pada 29 April 2009 berkata ‘kononnya’ negeri Terengganu akan menjadi pembekal kambing terbesar di negara ini menjelang 2015 dan mensasarkan 25 usahawan dapat diwujudkan dalam bidang ternakan kambing di seluruh negeri.

“Dengan perkembangan ini dijangkakan lebih 1,500 orang berpeluang mendapatkan pekerjaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah bagi menambah pendapatan keluarga,” kata Ahmad kepada pemberita selepas meninjau Ladang Cosmopall Sdn Bhd di Serating Marang [Gambar bawah].
Mengulas lanjut, Dr Alias berkata, bukan sahaj ibu kambing mati, anak kambing tidak dihasilkan, bahkan bapa kambing juga mati.

“daripada 500 ekor ibu tinggal 215 ekor sahaja, anak 9 ekor sahaja (dihasilkan) duit siapa, bukan duit Ahmad Said, duit kita juga,

“bapak (kambing) mapuh (mati) juga daripada 20 ekor tinggal 8 ekor sahaja,”tambahnya

Ulasan