Al-Fatehah Buat Pengasas Dewan Muslimat Kampung Losong


KUALA TERENGGANU - Buletinonline mengucapkan takziah kepada keluarga Puan Kasiani Ismail, 50, dari Kampung Losong dekat sini, yang telah meninggal dunia setelah tiga minggu mengidap penyakit ‘misteri’ hingga membawa kepada akhir hayatnya.

Allahyarham adalah aktivis yang dedikasi, merupakan pengasas Muslimat PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar dan cawangan Kampung Losong.

Allahyarham Kasiani, meninggalkan suami serta 10 orang anak berusia enam hingga 26 tahun setelah disahkan meninggal dunia sekitar jam 3.15 pagi, Selasa 5 Jun.

Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 51, berkata Allahyarham mula sakit sejak tiga minggu lalu yang tidak dapat dipastikan penyakitnya.

Katanya, pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) juga gagal mengesan penyakit Allahyarham meski pun sering kali mengalami ganggu pernafasan.

“Saya tidak pasti apa penyakitnya (Allahyarham) dan pihak hospital pun tidak tahu punca penyakit. Tetapi sejak, beberapa minggu ini ada ganggu pernafasan dan ‘misteri’ mengikut perubatan tradisional.

“Kami anak-beranak reda dan terima dengan tabah. Ini semua kehendak Allah SWT dan mungkin sudah sampai masa (ajal),” ujarnya ketika ditemui Harakah selepas majlis pengkebumian tersebut.

Menurutnya, sejarah dalam perjuangan PAS Kuala Terengganu ini Allahyarham Kasiani adalah pengasas Muslimat PAS Cawangan Losong dan Muslimat PAS Dun Bandar.

Katanya, Allahyarham seorang Muslimat PAS yang aktif dalam parti serta dikenali ramai dalam masyarakat setempat.

Jenazah Allahyarham Kasiani selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kechil, Kuala Terengganu pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh menyifatkan pemergian Allahyarham Kasiani merupakan suatu ‘kehilangan’ kepada perjuangan PAS.

Katanya, peranan yang aktif dimainkan oleh Allahyarham ketika hidup amat besar bagi perkembangan perjuangan PAS di negeri ini.

“Saya kenal lama dia (Kasiani) sebab Allahyarham ini adalah anak murid saya ketika dia belajar di Institut Berakan pada tahun 1979-1980.

“Selepas dia (Allahyarham) habis belajar, dia aktif dalam parti (PAS) dan jadi antara pengasas Muslimat PAS di kampong Losong dan di Dun Bandar ini,” jelasnya.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang soleh serta dicucuri rahmat-Nya.

Hadir sama menziarahi jenazah Allahyarham ketika di rumahnya iaitu Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Pengerusi Amanah, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Setiausaha PAS Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang serta ramai lagi.

Ulasan

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sejak akhir2 ni kitaorang 1 sibiling asyik mimpi arwah umi datang.. tetiba rasa rindu tu kuat datang, itu yang datang singah sini... - alang (alang_firah90@yahoo.com)