Cinta Juga Akan DiPersoalkan


DUNGUN - Forum ‘Sebarkan Cintamu’ anjuran Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura berjaya berjaya menarik ramai muda-mudi untuk berkongsi makna cinta sejati yang bertepatan dengan syarak .

Dua novelis terkenal, Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Riduan Muhammad Nor berkongsi ilmu, menjadi panelis pada program telah diadakan di bangunan PAS DUN Sura petang Sabtu 16 Jun


Ustaz Riduan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata umat Islam masakini menjadi lemah kerana sifat cintakan dunia dan takutkan kematian.

Sebaliknya, menurut beliau,  para sahabat nabi SAW mengutamakan cinta dan redha Allah Ta’ala dalam setiap tindakan, menyebabkan mereka menjadi umat contoh sepanjang zaman.

“ Kesalahfahaman tentang cinta hari ini. Cinta selera murahan yang dipandu oleh anak muda remaja hari ini. Kita rasa gerun dengan anak muda hari ini.

“Sebab itu kita ucap tahniah kepada penganjur berbicara tentang cinta dan meletakkan cinta pada tempat yang betul”, ujar Ustaz Riduan.

Sehubungan itu, Ustazah Fatimah Syarha menegaskan, cinta di setiap hati manusia itu, turut akan di soal oleh Allah di akhirat kelak.

Beliau berkata, para remaja perlu mengambil ‘sumber cinta’ dari penulis yang kenal Allah agar mendapat  erti cinta yang sebenar.“ Apa yang kita dengar, apa yang kita lihat, apa yang kita rasai di dalam hati dan perasaan kita ini; semua itu akan disoal oleh Allah Taala.

“Kalau selama ini kita biarkan, kita relakan diri kita diajar tentang cinta oleh Li Min Ho seumpamanya, mereka tu tak kenal pun Allah.

“Jadi, bila kita biarkan diri kita diajar oleh orang yang tak kenal Allah erti cinta, mana mungkin cinta kita kenal Allah”, nasihat Ustazah Fatimah Syarha kepada seluruh hadirin.

Sebelum itu, Pengarah MTD Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, ramai para remaja pada hari ini yang tersalah pilih ‘cinta’  menyebabkan mereka mudah ‘hanyut’ bersama arus songsang gejala sosial.

Akibatnya, kata beliau, ramai para remaja yang menjadi rosak kerana akhlak tergadai dan hilang maruah diri.
" Ramai dalam kalangan muda-muda telah tersalah pilih, telah tersalah hala tuju cinta mereka. Sehingga menyebabkan hilang maruah diri, tergadai akhlak dan peribadi sebagai seorang Muslim.

“Sehingga lahirlah remaja-remaja yang melarikan diri dari keluarga yang akhirnya terjebak dalam pelbagai gejala sosial,”ujarnya ketika menyampaikan ucapan aluan merasmikan majlis tersebut.

Lebih malang lagi, menurutnya, gejala salah pilih cinta itu, melahirkan generasi tidak sah taraf kelahirannya yang begitu banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Justeru, Cikgu Hapandi berkata, kehadiran dua novelis yang ‘cintakan Allah’, menjadi panelis pada petang itu, akan membimbing para remaja mencari cinta yang sejati.

“ Insyaallah, pada petang yang mulia, kita ini akan dibimbing oleh kedua-dua novelis kita untuk kita semua khususnya remaja mencari satu cinta yang sejati.

“Yang kita semua maklum, cinta yang sejati adalah cinta kepada Allah dan RasulNya," jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa cinta yang didirikan atas asas cinta kepada Allah dan Rasul akan membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Ulasan