KUALA NERUS – Dunia pada akhir zaman menjadi terbalik apabila mereka yang mahu melaksanakan syariat Allah dianggap sesat dan mereka yang menentang hukum dan peraturan Allah menganggap diri mereka betul.
Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kata-kata buruk yang mencerca dan menghina hukum serta peraturan Allah adalah menolak kesempurnaan Allah SWT.
Perbuatan tersebut, katanya, boleh membawa kepada syirik dan kufur kepada Allah SWT.
“betapa ramai yang ringan lidahnya menyebut ‘subhanaLlah’ tetapi mereka termasuk di kalangan orang yang menentang syariat Allah, bahkan mereka tidak yakin, mencerca dan menghina hukum Allah,
“pelbagai tuduhan, fitnah dan kata-kata buruk yang dilemparkan kepada Islam hakikatnya disandarkan kepada Allah, akhirnya melahirkan syirik dan kufur,”jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong berkata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di masjid at-Taqwa Batu Enam dekat sini, pada Jumaat 15 Jun.
Menurutnya, mereka yang menentang Islam menggunakan kata-kata mengelirukan, selain mengugut dan menakut-nakutkan orang ramai, menyebabkan masyarakat menjadi jahil dan tertipu.
“yang menenang Islam yang mencerca hukum hudud, menggunakan kata-kata mengelirukan orang awam membuatkan masyarakat rasa betul dan benar (sedangkan mereka menentang Islam),
“(mereka) ditakut-takutkan dan diugut dimasa yang sama terpengaruh dan terpengaruh dengan wang ringgit,”tegasnya.
Oleh itu diatas mimbar Jumaat itu, beliau menyeru para jamaah memperteguhkan keyakinan dan memperkuatka keimanan bahawa syariat Allah itu tidak pernah ada kekurangan dan kecacatan.
Katanya, hanya dengan syariat Allah boleh menyelesaikan semua permasalahan hidup manusia di dunia ini
Ulasan