SETIU –
Walaupun PAS tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia dan pada masa yang
sama Umno terus menawarkan rakyat dengan pelbagai janji kebendaan dan
wang ringgit, namun semakin ramai yang nampak ‘kebenaran’ yang dibawa
oleh PAS.
Menurut Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kerja-kerja penerangan dan dakwah yang dilakukan secara berterusan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS memberikan kesedaran dan membuahkan ‘hidayah’ dari Allah.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi berkata, semakin ramai yang menyertai PAS termasuk ahli-ahli Umno dalam kawasan DUN Jabi.
“….ada sedikit khabar gembira untuk kita pejuang-pejuang Islam di Dun Jabi ini, semalam kita mengadakan pertemuan dengan kira-kira 15 orang lebih bekas (ahli) penyokong tegar Umno,
“yang menyatakan kesediaan mereka untuk mari bersama-sama dengan kita untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya ketika berucap pada Majlis ceramah Isu Semasa di Kampung Padang Lengkuas dekat sini, Rabu malam 6 Jun.
Beliau berkata, bekas-bekas ahli Umno itu datang dari cawangan Kampung Kerandang, cawangan Kampung Gong Pasir dan lain-lain.
Katanya, mereka datang dengan kerelaan hati untuk bersama-sama dalam perjuangan Islam, walaupun mereka tahu kita tak menjanjikan apa-apa habuan dan keindahan dari segi atas dunia.
“Saya rasa ini rahmat yang besar dari perjuangan Islam….sebab usaha kita nak bagi penerangan, nak jelas, nak sampai(kan) maklumat.
“Ini kerja kita. Tapi hak bagi petunjuk, buka hati, bagi hidayah. Yang ni hak mutlak Allah. Takdok manusia boleh campur. Bila Allah buka hati sahabat-sahabat yang berada di luar dari kelompok kita, pergi bersama-sama dengan kita,”jelasnya.
Beliau yang ditemui selepas Majlis ceramah itu berkata, satu majlis besar-besaran akan dianjurkan bagi menyambut kedatangan ahli-ahli Umno yang akan menyertai PAS itu.
Menurutnya, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Ustaz Nasaruddin Daud telah mengesahkan akan bersama dalam majlis tersebut ayang akan diadakan pada 30 Jun ini.
“InsyaAllah, kita akan sambut sahabat-sahabat kita, satu majlis akan diadakan pada 30 Jun depan, (Dato’) Ustaz Nasaruddin Daud sudah ‘comfirm’ akan datang,”katanya.
Turut menyampaikan ceramah bersama beliau adalah YB Ustaz Wan Hassan Ramli ADUN Sura dan Ahli Jawatankuasa PAS Bachok, Ustaz Mohd Nasir

Ulasan