Latah Khalid Nordin Membawa Padah

KUALA NERUS – Latah Mashitah, Sipenyikat rambut anak Firaun pada zaman nabi Musa yang disebut dalam kita suci al-Qurab adalah latah orang beriman, yang membawanya hingga ke syurga.

Menurut Timbalan Ketua Dewan ulamak PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, ‘latah aqidah’ Mashitah yang menyebut ‘dengan nama Allah celaka Firaun’akhirnya menjadikan beliau seorang  ‘syahid’ yang disebut dalam peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah SAW.

Beliau berkata, berbeza dengan latah pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang membawa padah hilangnya kepercayaan dan keyakinan kepada parti itu.

Katanya, bukan sahaja rakyat yang tidak percaya lagi kepada pemimpin Umno bahkan di kalangan  ahli-ahli dan penyokong parti ‘rumah buruk’ itu sendiri.

“baru ni Menteri Pengajian Tinggi (Khalid Nordin) pun latah juga, boleh dia nak bekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar di UNISEL,

“apabila dia buat keputusan begitu, rakyat menentang beberapa pihak menentang termasuk  orang umno pun tak setuju juga, rupa-rupanya orang Umno pun tak setuju juga dengan pemimpin mereka kini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana Isu Semasa yang diadakan di Taman Perumahan Wakaf Tengah di sini pada Ahad 10 Jun.

Ustaz Abu Bakar selaku Pengerusi MTD Tepoh, menyeru seluruh ahli dan penyokog Umno di kawasan Tepoh dan Batu Rakit supaya menyokong PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang.

Katanya, Umno sudah menjadi umpama ‘rumah buruk’ dan ahli serta penyokong Umno mesti keluar segera dari rumah tersebut sebelum ia runtuh.

“sekarang ni dia (UMNO) ibarat rumah buruk….rumah berhantu nak runtuh dah, jadi kita harap orang-orang yang maih sokong Umno pakat lari awal,

“baru kita selamat (dai) ditindih atap (kalau ruah itu runtuh),”katanya.

Ceramah tersebut turut menampilkan bekas penyanyi terkenal yang telah menyertai PAS Wah Aishah Wan Ariffin, selain Ketua Peuda PAS Kemaman Ustaz hishamudin Abduk Karim dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu Dr Balachandran

Ulasan