KUALA TERENGGANU
– Kejadian demi kejadian, bangunan dan binaan yang runtuh dinegeri
Terengganu adalah ‘tanda-tanda penyakit’ yang sedang dialami oleh
kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu pada hari ini.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak, ia umpama sakit yang dirasai oleh seseorang pesakit.
“(Bangunan dan binaan yang) runtuh-runtuh ni ia hanya satu petanda, macam penyakit juga….. doktor tanya awak sakit apa kat mana, samada demam ke….sakit perut ke……sakit lutut ke……,
“sakit perut bukan penyakit…….sakit lutut pun bukan penyakit…..demam bukan penyakit, tapi (ia) adalah sakit yang dirasai oleh pesakit, penyakitnya mungkin lain….. (kalau) demam……mungkin ada penyakit paru-paru berair ke….sakit perut mungkin (sebab penyakit) barah usus,
“begitu juga (kejadian) runtuh (adalah) tanda yang Allah beri tahu akan hal kerajaan yang ada penyakit pada hari ini,”jelas beliau yang juga seorang pengamal perubatan.
Katanya, penyakit yang ada pada stadium Sultan Zainal Abidin yang runtuh bumbungnya menurut kajian perunding adalah kerana ia dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
[Gambar atas - runtuhan bangunan dalam pembinaan di Astaka Besut pada Khamis 21 jun lalu,; Gambar bawah - Dr Alias sedang menyampaikan ceramah]
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan yang diadakan di Kampung Gong Pak data dalam DUN Bukit Tunggal dekat sini pada Jumaat malam, 22 Jun.
Menurutnya, jawapan tentang ‘penyakit’ stadium tersebut adalah jawapan bertulis pihak kerajaan ketiak menjawab soalan yang dikemukankannya pada Sidang DUN baru-baru ini.
Turut menyampaikan ceramah dalah Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Haji Abdul Halim Tausah

Ulasan