Shabery Belanja Duit Kerajaan RM2.4 juta Hidang K-Pop Pada Himpunan Sejuta Belia


KEMAMAN – Bekas Exco Pergeraan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Tamrin Ghaffar mendakwa Menteri Menteri Belia dan Sukan Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek membelanjakan sebanyak RM2.4 juta duit kerajaan membawa masuk kumpulan K-Pop dan menghidangkannya pada Himpunan Sejuta Belia baru-baru ini.

Beliau yang menyampaikan ceramah di Kampung Mak Chili dekat sini pada Rabu 5 Jun berkata Umno ada senjata 6 T.

“Umno ada 6T (iaitu) topi, transport, t-shirt, token(duit), tapau (nasi bungkus) (dan) tipu. Umno bawa K-Pop bayar RM2.4 juta (dibawa masuk) oleh Ahli Parlimen Kemaman (Shabery),

“itulah kehebatan MP kemaman sampai mulut berbuih, K-Pop angkat ‘skirt’ PM suka sampai berbuih mulut,”ujarnya.

Tamrin yang masih lagi menjadi ahli Umno berkata parti Umno sudah melupakan perjuangan asalnya kerana terlalu lama berkuasa.

Beliau meramalkan Umno akan hancur pada bila-bila masa sahaja.

“Umno bila lama (berkuasa) sudah lupa perjuangan asal dan akan hancur bila-bila masa. Saya ahli Umno tetapi Umno hari ini sudah lari landasan,

“pemimpin mengejar kekayaan, ini sebab saya berdiri dipentas PAS,”tegasnya yang turut mengambil kesempatan meminta maaf kepada ahli-ahli dan penyokong PAS kerana sering menghentam PAS pada masa dulu.

Tamrin turut menempelak Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad said yang disifatkannya lebih mengutamakan binatang dari rakyat negeri Terengganu.

“Menteri Besar Terengganu (Ahmad Said) sangat hebat kerana beli badak sumbu 3 ekor berharga RM1  juta, (daripada) belanja makan binatang lebih baik tolong orang miskin.

“saya dah beritahu Tok Guru Haji Hadi saya tak mahu jadi calon saya hanya membantu PAS dan Pakatan Rakyat demi melihat rakyat Malaysia terbela,”jelasnya.

Turut menyampaikan ceramah adalah Ketua Dewan Pemuda PAS merangkap ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Hadir sama dalam ceramah tersebut adalah Penolong Setiausha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat dan Yang DiPertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

Ulasan