KUALA TERENGGANU – Pada 21 Oktober 2011, Kerajaan Terengganu mengumumkan secara rasmi nya memiliki stesyen radio Manis FM dengan membeli syarikat Husa Network Sdn Bhd dari seorang individu.
Menurut Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said stesyen radio yang beroperasi di Lorong Manis, Jalan Sultan Yahya Petra in Kota Baru, Kelantan telah dibeli sejak tiga bulan sebelumya.
Pembelian tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak kerana langkah kerajaan Terengganu itu didakwa tidak memenuhi keperluan sebenar rakyat Terengganu, yang berada ditangga kedua tercorot dalam jumlah rakyat termiskin di negara ini.
Menurut laporan Harakahdaily, Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata, ramai kalangan rakyat Terengganu tertanya-tanya mengenai pembelian stesen Radio Manis FM yang berpangkalan di Kota Bharu oleh kerajaan negeri dengan harga RM7 juta.
Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Terengganu itu.
"Saya tidak fikir rakyat dan kerajaan negeri sendiri memerlukan stesen radio ini kerana kita sudah ada Radio Terengganu...buat apa kita bazir RM7 juta untuk pembelian satu lagi stesyen radio," kata Yahaya.
Terengganu sekarang sudah ada stesen radio RTM Pantai Timur Terengganu, Hot FM Terengganu dan Terengganu FM (TFM) yang disiarkan setiap hari di seluruh pelosok negeri.
Bagi Yahya, RM7 juta ini besar nilainya jika digunakan dengan baik untuk membantu rakyat negeri ini yang sedang dihimpit dengan pelbagai tekanan hidup ekoran kenaikan harga barangan yang mendadak di negeri ini.
"Ada yang berkata, kos hidup di Terengganu antara yang paling tinggi di Malaysia dengan harga barangan yang sangat tinggi khasnya barang makanan.
"Bagi saya, ia akan lebih bermanafaat kalau kerajaan memberikan tumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat meringankan bebanan sebegini," kata Yahaya yang juga bekas Exco kerajaan negeri Terengganu.
Tentangan terhadap pembelian stesyen radio disuarakan oleh PAS oleh Haji Mohd Abdul Wahid Endut sejak pertengahan tahun lepas lagi apabila kerajaan negeri mula membayar wang pendahuluan untuk pembelian ini pertengahan tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mendedahkan, tindakan terbaru Ahmad Said ialah membeli radio Manis FM yang menurutnya dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Menurut laporan Buletinonline pada 30 Mei, 2011, Haji Wahid ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga di Kampung Teluk Pasu berkata, stesyen radio tersebut dibeli dengan harga RM7 juta dan Ahmad Said telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM4 juta.
Dalam mempertahankan tindakan kerajaan itu, Ahmad Said pada 16 Jun lalu menjelaskan, radio tersebut telah dibeli lebih mahal, bukannya RM7 juta tetapi ia telah dibeli dengan harga RM9 juta.
Beliau mendakwa pembelian stesen radio Manis FM oleh Kerajaan Negeri dilihat sebagai langkah terbaik dan bakal menjadi medium rakyat negeri ini khasnya dan Pantai Timur untuk mendapatkan maklumat terkini serta perkembangan semasa yang berlaku di negeri itu.
Namun begitu seorang penggiat media dan blogger terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) sebaliknya berkata pembelian itu satu pembaziran.
Beliau mendakwa kerajaan Terengganu membeli stesyen radio itu dengan harga yang mahal kerana ia pernah ditawarkan kepada kerajaan negeri Kelantan dengan harga R6 juta sahaja.
“Kerajaan Terengganu telah beli setesen radio Manis Fm dgn harga RM9 juta. Harga itu dikira mahal. Dua tiga th lepas setesen itu ditawar kpd kerajaan Kelantan sekitar RM6 juta saja,
“Harga yangg dibayar kerajaan Terengganu itu mahal dan tiada kewajaran untuk Terengganu memiliki radio itu untuk dijadikan alat propaganda kerana radio Terengganu milik kerajaan sudah ada,”ujarnya yang dipetik Dalam catatan laman sosialnya pada 14 Jun 2012.
Justeru beliau menyarankan agar orang ramai mengesan siapakah ‘broker’ atau orang tengah yang telah mengaut untuk sebanyak RM3 juta dari pembelian itu.
Stesyen Manis FM pada asalnya merupakan stesyen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad diambilalih menjadi radio kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT).
Stesen berpangkalan di Kelantan itu juga telah berpindah ke bangunan Epic berhadapan Wisma Darul Iman bagi menempatkan stesyen berkenaan menjalankan operasi siaran harian.
Ulasan