KUALA TERENGGANU – Ia adalah satu program yang
berbeza dengan mana-mana karnival usahawan yang pernah dianjurkan oleh
mana-mana pihak termasuk Umno dan BN kerana Karnival Usahawan Muslim
digabungkan bersekali dengan Sambutan DiAmbang Ramadhan.
Menurut Ketu dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Ahmad Kamal Ali, sebagai parti politik dan gerakan Islam, PAS menggabungkan tiga elemen dalam menganjurkan karnival yang akan berlangsung selama tiga hari itu.
“Para pengunjung boleh berhibur dengan para artis, sambil berbelanja dalam membuat persiapan menghadapi Ramadhan dan dapat menggilap serta meningkatkan ilmu, khususnya perkara-perkara yang berkait Ramadhan,
“Karnival akan bermula pada Khamis 12 Julai dan berakhir pada tengah malam Sabtu 14 Julai, Julai di perkarangan Surau Flat Gelong Bilal, Kuala Terengganu,”ujarnya.
Beliau berkata, para pengunjung boleh memilih ‘slot’ pengisian ilmu dengan mendengar kuliah maghrib oleh ADUN Sura Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly pada 12 Julai atau yang diisi oleh Ustaz Wan Junaidi pada 13 Julai dan Ustaz Aidil Adha pada 14 Julai.
Selain kuliah, katanya, Forum Karival Ushawan akan diadakan pada Khamis malam dan Santai bersama ustaz Azahar Idrus pada malam kemuncak, 14 Julai.
“Ada banyak pilihan acara yang sesuai bagi jiwa masing-masing yang boleh disertai sepanjang Karnival termasuk pertandingan mewarnabagi kanak-kanak, acara lasak motosikal oleh Alternative Ridng Club (ARC) dan sukan,
“bagi muslimat dan mereka yang berminat dengan program motivasi, boleh mendapat suntikan daripada Dr. Che Noraini Hashim, anak kelahiran Terengganu yang berkhidmat dengan Universiti islam Antarabangsa (UIA),”jelas Ustaz Kamal yang juga Pengarah bagi program tersebut.
Oleh itu, kata beliau, menjadi suatu kerugian kepada mereka yang tidak dapat bersama program karnival terbesar yang julung kalinya diadakan di Kuala Terengganu.
Beliau menyeru orang ramai khusuanya, warga Kuala Terengganu dan amnya penduduk negeri Terengganu untuk singgah berkunjung ke tapak program bersama keluarga masing-masing.

Ulasan