16 Julai 2012

Cakna Ramadhan al-Mubarak Sudah Bermula


KUALA TERENGGANU - PAS mengingatkan seluruh umat Islam, bulan Ramadhan al-mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan keampunan dari Allah SWT akan tiba dalam masa seminggu sahaja lagi.

Sebagai sebuah sebuah Gerakan Islam dan Parti Islam, PAS telah pun menggerakkan program-program yang menekankan peri pentingnya Ramadhan itu kepada umat Islam.

Di perkarangan Surau Flet Gelong Bilal, dekat sini, program Ahlan sempena kedatangan Ramadhan, telah ditutup semalam 14 Julai,  dengan majlis Forum Soal Jawab berkenaan Ramadhan.

Program santai yang di pengerusikan oleh Bob Lokman dengan penampilan Ustaz Azhar Idrus serta Ali XPC, berjaya menarik  ribuan pengunjung, lelaki dan perempuan yang berhajat untuk mengemaskinikan ilmu pengetahuan mereka tentang Ramadhan.

[Gambar; Atas kanan - orang ramai yang mengunjungi program penutup Ahlan di perkarangan Flet Gelong Bilal, Atas kiri - Bob Lokman, Ustaz Azhar Idrus serta Ali XPC pada malam terakhir program Ahlan Ramadhan]


Di Dungun pula, kedatangan awal Ramadhan di sambut dengan memberikan kegembiraan kepada 130 orang faqir miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura.

Mereka, mendapat perhatian daripada ADUN Sura merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly.

Majlis sumbangan tersebut telah berlangsung di bangunan DUN Sura yang  merupakan di antara aktiviti tahunan di DUN Sura sejak ianya dimenangi semula oleh PAS pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

“Bersedekah dan berkebajikan merupakan satu ibadat yang dituntut bukan sahaja di bulan Ramadhan, malah pahalanya berganda apabila ditingkatkan amalannya pada bulan yang mulia ini,

“para  penerima sumbangan mereka yang kurang berkemampuan, yang dipilih daripada seluruh cawangan dalam DUN Sura, tidak mengira latar belakang fahaman dan politik,”ujar Ustaz Wan Hassan ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut pada Sabtu 14 Julai

[Gambar; bawah kiri - penerima bantuan dan paling bawh, Pengerusi MTD Cikgu Hj Apandi turut menyampaikan ucapan di majlis Sumbangan Faqir Miskin DUN Sura]

Sumbangan tersebut turut disampaikan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik.

Hadir sama adalah Ketua Muslimat DUN Sura, Hajjah Rokiah Yusoff dan Ketua Hubungan Antara Kaum DUN Sura, Enche Alias Muda, Timbalan Pengarah DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid dan Setiausaha MTD Sura, Mohamed Ibrahim Sini Mohamed.

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...