‘Darul Runtuh’ Kerana Umno Runtuhkan Agama !!??


KUALA TERENGGANU – Gelaran negeri Terengganu ‘Darul Runtuh’ yang semakin menjadi 'buah mulut', asalnya sebagai panggilan (ggelor) dan gurauan tapi kini seolah-olah menjadi satu ‘badi’ yang terus membadai Terengganu Darul Iman.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sering mengungkapkan kata-kata ingatan kepada seluruh rakyat supaya membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Bukit Payong berkata hanya dengan menukarkan kerajaan Barisan Nasional (BN)  dapat mengembalikan ‘maruah’ rakyat Terengganu.

Katanya, sudah cukuplah rakyat negeri ini dimalukan dengan pelbagai isu ‘yang tidak masuk akal’ yang berlaku sejak Umno-BN nmengambil alih pemerintahan daripada PAS pada tahun 2004.

Beliau menyifatkan ‘tragedi demi tragedi’ keruntuhan binaan dan bangunan yang berlaku di negeri Terengganu adalah berpunca dari tindakan Umno meruntuhkan agama.

“Marilah kita (pengundi) buat perubahan kerana banyak isu-isu di Terengganu ini memalukan kita (rakyat).

“Orang kata Terengganu ini ‘Darul Runtuh’. Runtuh sokmo dan hak (yang) baru ini runtuh pula tangki air Sekolah Menegah Paka, di Dungun. Terengganu ini darul runtuh sungguh doh.

“Allah swt hendak beritahu keruntuhan yang berlaku dalam negeri dan negara kita ini puncanya kerana Umno meruntuhkan agama, Umno meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman,” tegasnya ketika berucap di Rusila, Marang baru-baru ini.

Beberapa hari selepas itu, pada 24 Julai, dilaporkan oleh sebuah media tempatan, pusaran angin yang kuat di Dungun menyebabkan kanopi para peniaga Bazar Ramadhan runtuh dan rosak. (Gambar kiri bawah)

Menurut saksi, kejadian angin kencang yang tidak lama, hanya berlaku dalam masa ‘satu minit’ itu turut menyebabkan kecederaan.

Seorang peniaga ayam goreng, Zulfahmi Ariffin, 27, terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat terkena tiang khemah yang terbang.

Sementara itu, seorang lagi peniaga runcit  ayam , Ahlina Abdullah, 30, yang cedera ringan di lengan kanan berkata, ketika kejadian dia bersama empat lagi pekerja berada di bawah khemah sedang melakukan persiapan untuk memulakan perniagan.

Ahlina yang berasal dari Kampung Che Lijah berkata, kejadian berlaku terlalu pantas menyebabkan dia tidak sempat melarikan diri dan terpaksa bersembunyi dibawah meja kerana terlalu takut.

Sehubungan itu, ramai yang member komen di laman sosial turut menyimpulkan kejadian demi kejadian ‘bala’ yang berlaku di negeri Darul Iman ini adalah kerana ‘dosa-dosa’ yang dilakukan oleh parti yang memerintah Terengganu masakini.

Sehinggakan, setiap bangunan atau binaan baru yag mahu dibina atau dibangunkan akan menerima ucapan sinis dan ‘lelucon’ dari para pemilik akaun laman sosial.

Antaranya adalah pembinaan terowong di bawah jalan dari Pulau Kambing ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin, Bukit Kecil, dekat sini.(Gambar kanan bawah)

Selain menyifatkan pembinaan terowong ‘secara korek dan pasang konkrit itu’ adalah terlalu mahal dengan kos sebanyak RM2.6 juta, ada yang berkata takut untuk melalui jalan tersebut kerana bimbang ia akan runtuh.

“mahal sekian hal...jangan runtuh pulak sudah la.............. (maklumlah) Terengganu darul runtuh,”kata seorang pengunjung dan dijawab oleh seorang lain, “(saya berdoa)...... janganlah runtuh.........ni laluan ambe hari-hari,”.

Justeru, ada kebenarannya sebagaimana di sebut YB ustaz Mohd Nor yang mendakwa ia adalah umpama suatu pembalasan kerana Umno dan kepimpinan parti itu pernah bertindak meruntuhkan masjid serta sekolah agama.

“Umno pernah meruntuhkan masjid rumah Allah, pemimpin Umno pernah meruntuhkan tempat kita (PAS) menghidupkan agama, memakmurkan agama, mengajak manusia mendekatkan diri dengan Allah swt. 

“Sudah masanya, kita (rakyat) peruntuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,” jelasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor, PRU13 merupakan medan terbaik bagi rakyat khususnya kepada para pengundi membuat pilihan menolak parti Umno-BN.

Ulasan