Kesihatan Ustaz Mahmood Stabil


KUALA TERENGGANU – Pengarah Kolej UniversitiDarul Quran Islamiah (KUDQI) Ustaz Mahmood Sulaiman tidak dapat bersama memeriahkan Konvokesyen kolej tersebut kali ke-10 pada Sabtu 7 Julai lalu kerana keuzuran dan masih dirawat dihospital.

Bagaimana pun, menurut Timbalan Pengarah KUDQI, Ustaz Mohd Soud Said, keadaan Ustaz Mahnood, adalah stabil.

“AlhamduliLlah, kesihatannya stabil, setelah dirawat komplikasi buah pinggangnya semakin pulih, sekarang sedang menerima rawatan jantung pula,”ujar Ustaz Soud.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu itu di wad 7CD hospital Sultanah NurZahirah, di sini, pada petang Isnin, 9 Julai.

[Gambar - Walaupun uzur dan berada di hospital , Ustaz Mahmood (baju hijau) masih meneruslkan tanggungjawabnya.... beliau menandatangani dokumen berkaitan lepasan pelajar KUDQI yang akan menyambung pengajian ke luar negara, sambil diperhatikan oleh Timbalannya, Ustaz Mohd Soud]

Beliau berkata, Ustaz Mahmood dimasukkan semula ke hospital buat kali kedua pada 7 Julai lalu.

“ni masuk kali yang kedua, masuk (hospital) pada Sabtu 7 Julai, masuk kali pertama dirawat dalam tempoh 10 hari keluar 4 hari  dan masuk semula pada Sabtu baru-baru ni,”jelasnya.

Justeru, Ustaz Mohd Soud berharap, sahabat handai yang mengenali Ustaz Mahmood dapat berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga Ustaz Mahmood diberikan kekuatan dan kesihatan bagi meneruskan tugasannya memimpin KUDQI.

Ulasan